JOIN MY CATS' FACEBOOK HERE

NUFFNANG!

LOOKING FOR PRODUCTS FOR CATS OR CATS FOR SALE / ADOPTION? CLICK HERE :

FEATURED IN REMAJA MAGAZINE : 1ST MAY 2010 ISSUE

FEATURED IN REMAJA MAGAZINE : 1ST MAY 2010 ISSUE

Wednesday, September 14, 2011

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin (Versi 2011)


"Salam Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin"


Okay memang agak lambat nak ucapkan Salam Aidilfitri, tapi mood hari raya masih ada lagi kan..? :)
Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semuaaaa pembaca blog tersayang...
Kalau-kalau ada terasa atau tak puas hati, tersinggung perasaan atau apa-apa perkara yang tidak menyenangkan...

Walau macam mana meriah sekalipun hari raya anda, jangan lupakan insan-insan yang serba kekurangan...
Orang-orang yang kurang bernasib baik atau kurang berkemampuan..Haiwan-haiwan yang tidak terbela nasibnya dan juga yang memerlukan lebih daripada sekadar pandangan belas kasihan...

Macam-macam cerita tentang hari raya, ada yang seronok, ada yang tidak, ada yang biasa-biasa sahaja..
Anda bagaimana? Harapnya semua yang baik-baik sahaja kan..? Balik kampung bungkus sekali kucing-kucing tak? hehe masih ingat lagi tahun lepas, balik kampung dengan 2 kereta sebab nak bawak kucing2 sekampung balik sekali. hehehehe...

Baru-baru ini, kecoh dengan kisah sebuah Pet Hotel yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kejadian malang terhadap kucing kesayangan kawan-kawan kita... Kecoh satu Malaysia sampai menteri-menteri pun ambik port tentang hal ini. Sejauh mana penguatkuasaan undang-undang penderaan ke atas haiwan?

Bak kata Mahatma Gandhi,

"The greatness of a nation and its moral progress can be judged by the way its animals are treated"

Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan pencinta haiwan yang turun padang membantu menyelamatkan kucing-kucing kesayangan... Niat murni mereka yang ikhlas membantu tak wajar dipertikaikan... Tahniah! 
Namun perlu diingatkan, kita sebagai manusia tidak berhak menjatuhkan 'hukuman mati' kepada pesalah-pesalah ini. Mungkin undang-undang di negara kita tidak mampu menghukum mereka setimpalnya, tetapi janganlah kita meletakkan diri kita lebih rendah daripada pesalah-pesalah ini dengan kata-kata cacian, makian dan perbuatan yang tidak manis dipandang... Bukan saya tak faham erti kehilangan haiwan kesayangan, lagi-lagi bila tengok anak-anak kucing yang mati di sisi ibunya tu. Kesian sangat-sangat!

Ini semua menjadi pengajaran buat kita semua untuk lebih berhati-hati dengan perkara seumpama ini. 
Kes-kes penipuan melibatkan haiwan kesayangan memang berleluasa, jadi silalah berhati-hati... Biar lambat asal selamat... Siasat dahulu baru buat apa-apa keputusan ok..?

Banyak lagi benda nak cerita ni, tapi tak best laaaa kalau cerita semua dalam satu post nanti muntah pulak nak baca...

Nak tengok gambar anak-anak kucing yang terbaru...?
Tungu post seterusnya.... Okay..? 

Take care... Love You Miss You... :)

Sabrina.




BLOG'S ADS

Popular Posts

SCRATCH SCRATCH!

Related Posts with Thumbnails

MEZZO FORTE