MYCATs 2010
Selamat hari Isnin semuaaaa!
So baru-baru ni, as we all know there was a Cat Show going on at PICC Putrajaya on last Saturday & Sunday..
Ada pergi tak?
Kalau tak berkesempatan pergi, dont worry...
Let's bring a lil bit of the Cat Show direct to your screen...
Jommmm!
Kakak Kucing |
Gambar diambil sebagai bukti saya telah hadir ke MYCATs ni hehe.
Tengok orang lain semua tak lepas peluang ambil gambar dengan kucing comel kat atas, lalu Kakak Kucing pun nak jugak... hehe
Pentas Kucing |
OK serba sedikit tentang MYCATs ni, ini adalah Cat Show bertaraf CFA, bermaksud kucing-kucing yang mengambil bahagian adalah kucing-kucing daripada baka-baik @ pure breed.
Kucing-kucing ni semua berdaftar dengan sebuah badan pendaftaran kucing (ala-ala JPN untuk manusia) yang bernama CFA atau Cats Fanciers Organization. Ada 2 kategori, iaitu kategori Pedigreed dan juga HHP (House Hold Pets, iaitu kucing-kucing yang telah di neuter kan)
Di atas adalah suasana di dalam Concourse Hall, tidaklah terlalu ramai manusia yang datang...
Mungkin kerana MAHA 2010 turut berlangsung dan turut melibatkan Cat Show yang dianjurkan oleh Kelab Kucing Malaysia...
Entrance Fee yang dikenakan adalah sebanyak RM5 untuk dewasa, dan percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Pendapat saya? RM 5 tu tak berbaloi.
RM 2 dah la kot? Putrajaya pun takde laaa dekat sangat dengan Shah Alam + Tol yang mahal RM4 blabla (membebel)
Di atas adalah suasana "Pameran Kucing" serta ruang menunggu giliran bagi pemilik-pemilik kucing sebelum kucing-kucing mereka diadili mengikut ring masing-masing.
Tak pasti sama ada pengunjung-pengunjung lain turut berpuas hati dengan bayaran RM 5 yang dikenakan, tapi agak susah untuk melihat kucing-kucing yang dipertandingkan.
Semua terkurung dalam tent masing-masing. Bukan takat tent, tapi tutup sekali dengan curtain yang 2-3 lapis tebalnya.
Kami datang bukan nak tengok tents, tapi nak tengok kucing-kucing yang dikatakan amazing :)
Ini adalah ring yang disediakan.
Terdapat 12 ring (bermaksud diadili oleh 12 judges). Macam-macam breed kucing yang terlibat seperti Persians, Exotic, Maine Coon, Sphynx, Japanese Bobtail, American Curl, Scottish Fold dan mcm2 lagi kalau nak sebut sampai maal hijrah seterusnya memang tak habis.
Mr Judge ni sekali tengok mcm Mr Colonel KFC, 2 kali tengok mcm Atuk Kucing...
sebab apa?
Sebab dia ada Whiskas.... hehehe cuba tengok betul2...
Salah seorang Exhibitor yang terlibat...
Penantian suatu penyiksaan..
Sampai ada yang tak dengar number mereka dipanggil..
Tengoklah exhibitor ni, sampai tertidur..
Suasana ketika sesi pengadilan dijalankan..
Orang ramai dari segenap lapisan masyarakat tak berkelip mata menonton kucing-kucing yang diadili... Kucing-kucing yang agresif serta-merta akan disqualified..
Kucing-kucing yang friendly serta cergas semestinya akan mendapat tempat di hati pengadil..
Rosettes yang dipertandingkan..
Balik rumah, buat sendiri riben ni then tampal kat cage...
Jangan letak nombor lain, tapi please letak "Bestest Cat In This House"
hehehhe
By the way, maaf sebab terpaksa menghampakan anda...
Tak banyak gambar kucing yang cantik menarik tertarik kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan..
Tak berani nak ambil sangat, sebab takut mengganggu owners yang tgh concntrate nak menang..
"NO CAMERA"
"DO NOT TOUCH"
"NO FLASH"
Haaa tak reti baca? Kat tents tu siap tulis lagi. Nanti kang kena sound pulak mcm seorang pakcik ni. hehe
Kedua, D90 ku habis battery. Takde la hampeh sangat sebab tak de mood nak ambil gambar pun :)
Maine Coon, namanya Starburst |
Disebalik ketidak mesraan peserta-peserta yang agak kerek nak tunjuk kucing-kucing mereka yg konon-konon lawa tu (memang lawa wei... ribu riban, takkan tak lawa?), seekor Maine Coon yang bernama Starburst menarik perhatian pengunjung..
Owner nya memang sporting.. Teruja pengunjung yang datang ke Cat Show ni dapat melihat aksi kucing breed Maine Coon yang manja ini..
Sepatutnya pemilik-pemilik kucing ni bangga nak share dengan orang ramai tentang kucing yang mereka ada..
Ye laaa kan tak semua mampu nak memiliki (walaupun dalam hati tengah berangan nak simpan sehari seringgit tobat taknak topup tiap2 hari supaya boleh beli kucing yang mcm anak patung gebu geban ini)..
Tak salah rasanya kalau setakat nak show people your cats... It's a fun activity after all. To some people, winning is everything. But to certain people, they have the heart to share and to grow the love for cats..whatever breed they are :)
How bout you?
Kita jumpa di Cat Show bertempat di SACC Mall Shah Alam pada 12 Disember depan (Ahad)
Bawak mai tok nenek opah maklong pakngah join yeee....!
~~~SABRINA & CATS~~~
19 comments:
Babe I pegi jugak. Memang tak berbaloi pun.. Brape ekor sgt la yg boley tengok. Yg lain semua simpan dlm tent mcm la org nak curi sgt kucing tu... RM5 tu, tak berbaoi
macam tak best je ekk...
btw, beso betol la kucing tuh hehe
OWh.. kena bayran ke? i thought free je.. hehe btw, if sy pergi cat show mesti nak tgk cat tu dekat2 kn, then nak touch sikit2 tp kat sana langsung xberpeluang eh nk buat mcm 2? better xpyh ada penonton pergi tgk if xdpt tgk meow2 tu semua.. ish2.. tkt sgt meow stres sbb org rmai. better xpyh masuk show.
Owh.. this cooming weekend ada pet show eh? nak pergi lh. tq for the info babe.
Dyna : Yup... RM 5 mahal. If RM 2 tu acceptable.
Meowwmania : sepatutnya best... hehe tapi tah la... :)
sapa2 yg pergi, ada pendapat masing2... that's my opinion.. :)
maybe itu rules..
HanaBella : yup.. RM 5 per entry..
Tapi tak puas la tgk cats...
Tak nampak pun.
minta tgk cats pun segan akut kena sound kang malu jek. hehe
i went there too...
betul mcm apa yg u ckp, owner2 kucing2 tu bnyk yg kerek...
bile kite tnayer pasal2 kucing2 derang, layan mcm nk tak nk jer...
btw yg main coon tu i sker yg nama Neo.. the one yg menang the best breed for main coon.. sgt cantikkk...
Yup, this is the main problem I could see when we try to approach most of pedigree's Owner. Rasa tak best sangat kan? Sepatutnya macam yg Sabrina kata... Depa should be more mesra because kucing-kucing hak milik depa tu tak banyak kat Malaysia ni. Nak jadi kerek2, tak best la...
Saya perasan.. dalam cat show, selalu owner HHP cat is easier to approach compared to Pedigree. Walhal, kadang2 HHP cat seems like pedigree juga.
Kalau sabrina sempat, nanti 19 December datang la ke The Mall. Ada HHP Cat show. bandingkan environment cat show kat situ dengan yang kat MyCat ni.Yang first HHP Cat Show dulu sangat best. Cage kucing yang senang untuk dilihat, dan owner yang mesra dan judge table yang hampir dengan penonton.
Iryani Noor :
Mungkin diorang dah banyak kali join show, sampai rasa dah malas nak layan visitors.. Atau maybe diorg letih...
hehe
Marissa :
Weekend ni pun ada cat show di Shah alam... di SACC (Ahad, 12 dec)
Hmmm 19hb tu maybe tak dapat pergi because I won't be in Malaysia on that date... u join ke?
Good luck yaa...
Yup2, saya join yang 19 dec tu. You takde ke.. uhuhuhh. :( lately mmg banyak sangat pun cat show ni. merata2 pun cat show. tak tahu nak pergi yang mana.
ala..xpuas..baru nk tgk tuceng comel-comel..aish~
Saya sebagai peserta cat show kat PICC weekend yg lepas. Sebagai tuan punya kucing, saya memang kalau boleh taknak banyak tangan yg memegang kucing saya. Bukan apa takut nanti kucing tu akan strees dan dapat jangkitan penyakit dr tangan orang ramai. Cuba tengok judge lepas pegang sekor kucing, dia cuci tangan dia sebelum pegang kucing yg lain bukan. Kucing dari oversea ne memang senang dapat penyakit. Cukuplah tangan judge jer yg pegang. Ada yg tutup tent kucing. Biar saya jawab. Bukan kami kerek atau lokek nak tunjukkan kucing pd orang. Kucing yg begini perlu ruang yg aman & sunyi. Kalau terlalu bising kucing akan bertambah strees lagi. Dahlah 1 hari kucing tak makan & minum untuk show. Kalau kucing meragam sapa nak jawab. Lagi 1, jgn nak samakan cat show CFA gan yg lain. Memang cat show CFA berbeza gan yg lain. I nak tanya u, klu u msk show, U NAK KE KUCING U DIPEGANG BERATUS-RATUS TANGAN. Mesti u taknak gak kan. Nanti tak sempat nak groomkan bila no dah naik. Nanti klu dpt penyakit u nak salahkan sapa & kos untuk kucing ne memang tinggi. Bukan owner kerek, tapi klu dah 10 or 15 org tanya soalan yg sama, kitaorang pun dah penat nak jawab. Klu nak tengok kucing, tengoklah masa judging time. U bole tengok puas2. Kalau u dah ada kucing begini, baru u tau sebabnya. 1 lg, owner tak gemar kucing mereka diambil gambar, sebab gambar tu akan disebarkan merata-rata tempat. Klu masa judging org ambik gambar tu tak bole kata apalah. Kucing begini hanya akan dipaparkan dlm website owner masing2 jer. Diharap penjelasan saya ne semua akan paham.
:) Just my opinion. If Owner takut diapproach atau kucingnya stress untuk pertandingan atau takut lekat penyakit atau.. bla..bla..bla.. Adalah lebih afdal next time tak payah invite public datang meriahkan cat show. The problem is, SPONSOR need orang awam untu promotekan barang2 yang mereka sponsor. Benda ni macam kelakar. Cat show Organiser need Sponsor, Sponsors need public crowd, but Participant want to avoid public. LOL.
Usually kucing mmg akan stress so, kalau cat show besar-besar macam 12 rings ni, buat saja secara tertutup, owner saja boleh datang. Kan bagus? :)
Saya bukan apa, rasa macam sadis je untuk orang pergi jauh-jauh untuk memeriahkan acara, bayar pulak tu untuk masuk, sekali nampak kemah kucing saja...
(T_T)
TO ZAIDEY :
It's ok u don't need to explain about cost / diseases because I also own several CFA cats.. :)
Btw Thanks ya sbb sudi meluangkan masa singgah ke my blog and komen panjang lebar kat sini..
to others, hope u are clear now why diorang buat mcm tu :)
As for me, If my cats masuk show,
i don't mind nak share with people..
sometimes, it is not ALL ABOUT WINNING. Maaflah ye on behalf of orang lain yang maybe excited nak tgk cats kat PICC haritu, maybe diorang excited sgt tak pernah tgk superb cats mcm u punya..
TO MARISSA :
hi sayang i wish your goodluck on the 19th punya cat show..
I am sure u are the proud owner of your cat.
but one thing i agree dgn u, the fee for entrance tu mmg tak berbaloi. sorry to say that.
I have my right to voice whatever opinion. after all it's my page :)
hi sis!
i baru dapat tau pasal cat show.
googled up, then jumpa ur blog.
urghhh! dah ter-miss. sobs sobs.
inform me if mycats buat event lagi.
amelyn
http://kumakikaeamelyn.blogspot.com/
Post a Comment