JOIN MY CATS' FACEBOOK HERE

NUFFNANG!

LOOKING FOR PRODUCTS FOR CATS OR CATS FOR SALE / ADOPTION? CLICK HERE :

FEATURED IN REMAJA MAGAZINE : 1ST MAY 2010 ISSUE

FEATURED IN REMAJA MAGAZINE : 1ST MAY 2010 ISSUE

Thursday, December 30, 2010

EXPORT KUCING KE SABAH (BY MAS KARGO) ---- PART 1


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua readers tersayang.
Maaf lama tak berupdate, baru-baru ni meluangkan masa pergi bercuti bersama keluarga... :)


MALAYSIA AIRLINES MENAWARKAN SERVIS ANIMAL HOTEL UNTUK PENGHANTARAN HAIWAN
KE SERATA DESTINASI BERTARAF 6 BINTANG!

Hari ini, saya telah pergi menghantar sepasang kucing kesayangan ke Animal Hotel KLIA untuk di transfer ke Sabah. Jauuuhhh tu... jadi kenalah naik kargo flight. Wahh bestnyaaa dapat naik flight kucing2 ni..Malaysia Airlines lagi, 6 stars Okayyy kalah hotel manusia!

Jangan tak tahu, proses penghantaran kucing ni boleh tahan rumit nya. Dan kos menghantarnya kadang-kadang boleh buat kita fikir 2-3 kali nak ke tak nak. Ini adalah kali kedua saya membuat servis penghantaran kucing melalui kargo, jadi untuk lebih details lagi tentang proses2 nya, jom usya!


PROSES SEBELUM PENGHANTARAN 
(SEBELUM KE KLIA)

ANTARA JENIS-JENIS VAKSIN YANG PERLU DIBERIKAN


1)  VAKSIN :
Kucing perlu di vaksin, dan bukan takat tu je. Vaksin Rabies juga diperlukan. 
Di sini, kos untuk pemberian vaksin boleh mencecah RM 100 - RM 150 seekor bergantung kepada jenis vaksin yang diberikan.

MIKROCIP YANG AKAN DITANAM, SAIZNYA SEPERTI SEBUTIR BERAS
DAN DITANAM DI BELAKANG LEHER KUCING

2)  MIKROCIP :
Selepas pemberian vaksin, kucing perlu ditanam dengan mikrocip khas yang membolehkan pemilik asal menentu-sahkan bahawa beliau adalah pemilik sebenar kucing tersebut. Nombor khas akan diberikan, kucing tersebut kini mempunyai "Identification Number" nya tersendiri. Jadi kalau2 lah ada manusia yang mengaku tu kucing dia, scan aje kucing tu, akan keluarla number mikrocip tersebut.
Kos untuk menanam mikrocip ini adalah RM 50 - RM 70 seekor.

3)  PERMIT IMPORT:
Setelah kedua-dua proses di atas dilakukan, barulah permohonan PERMIT IMPORT boleh dimohon oleh pemilik yang baru. Contohnya, kucing akan dihantar ke Sabah. Jadi, pemilik di Sabah perlu memohon PERMIT IMPORT bagi membolehkan kucing tersebut dibawa masuk ke Sabah dari Semenanjung. (Contoh)
Kos untuk permohonan permit ini bergantung kepada Jabatan Haiwan tempat dimohon.

4) HEALTH CERTIFICATE :
Setelah PERMIT IMPORT diluluskan, kucing perlu dibawa ke Jabatan Haiwan Kerajaan atau Klinik Veterinar bertauliah untuk diperiksa taraf kesihatannya sama ada layak untuk travel (Fit to Travel) atau tidak.
Kos untuk medical check up dan rawatan (Ubat kutu, selsema atau deworm) adalah dari RM 60 ke RM 100 seekor. Bukan mudah proses yang perlu saya lalui, perlu ke jabatan haiwan negeri dan mengisi pelbagai borang. Menunggu giliran adalah perkara yang sangat mencabar, mengusung carrier yang berat dengan kucing yang ingin dieksport lagilah mencabar. 

5)  PERMIT EXPORT:
Pembeli dari Sabah (Contoh) perlu memberikan salinan PERMIT IMPORT kepada penghantar yang berada di Semenanjung. Dengan PERMIT IMPORT inilah, saya sebagai penghantar boleh memohon PERMIT EKSPORT  bagi membolehkan saya menghantar kucing dengan sah ke Sabah (atau ke mana-mana sahaja).

***Sekiranya tiada apa-apa masalah, PERMIT EKSPORT akan dikeluarkan dalam 
masa kurang 2 jam***



PROSES PRA-PENGHANTARAN 
(PRE DEPARTURE PROCESS)

PEGAWAI DI ANIMAL HOTEL SANGAT MESRA.
TERIMA KASIH ATAS LAYANAN YANG DIBERIKAN.

1)  TEMPAHAN KARGO / PENERBANGAN :
Setelah berjaya mendapatkan permit dan segala butiran yang diperlukan, penghantar perlu membuat tempahan penghantaran live animal melalui MAS Kargo. Boleh call direct sahaja, dan Airways Bill Number akan diberikan termasuklah nama pesawat yang akan dinaiki untuk penghantaran. Masa untuk penerbangan juga boleh dipilih, boleh dibuat even sehari sebelum penerbangan.

2) ANIMAL HOTEL :
Setelah tempahan penerbangan dibuat, call ke MAS Animal Hotel untuk mengesahkan tarikh penerbangan serta lain-lain data yang diperlukan. Sekiranya flight dipilih adalah hari berikutnya, kucing akan ditempatkan di bilik hotel yang bertaraf 6 Bintang! Kos untuk semalaman adalah RM 60 - RM 150 seekor.

3) SANGKAR / CARRIER YANG SESUAI:
Carrier yang sesuai sangat penting, kerana carrier yang tak sesuai akan di 'reject' oleh pihak Animal Hotel. Perlu juga menyediakan bekas minuman dan makanan yang boleh disalurkan dari luar cage (Ohh sangat la leceh!). Sekiranya kucing yang ingin dihantar melebihi seekor, boleh menggunakan carrier yang lebih besar bagi memuatkan kedua-dua kucing tersebut dalam carrier yang sama.

4) KESIHATAN KUCING:
Kucing perlu dipastikan berada dalam keadaan sihat dan bebas penyakit, kalau tidak, risiko untuk penerbangan dibatalkan adalah tinggi. Membazir masa dan wang, serta berisiko mengakibatkan kematian keatas haiwan kesayangan sekiranya ditahan dalam pusat kuarantin. 



Jadi, di atas adalah sebahagian proses yang perlu saya lalui semata-mata untuk membuat Pet Transfer. 
Kalau anda rasa macam senang, jawapannya TIDAK. Sebab tempat-tempat yang perlu dituju adalah berlainan dan jauh di antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, proses ini tidak boleh dilakukan dalam tempoh sehari, tetapi sekurang-kurangnya satu minggu.

Ada yang mungkin tertanya-tanya,

"Mahal ke kos export kucing ke Sabah / Sarawak etc?"

Ada perkhidmatan penghantaran kucing ke luar semenanjung yang disediakan oleh ejen-ejen Pet Transfer, kos nya agak tinggi dan semestinya dikenakan service charge. (Ye laaa sape yang nak buat kerja free, agak-agak laaa kan hehe). Berdasarkan survey yang dibuat dan juga interview direct dengan pegawai di Animal Hotel, ejen mengenakan caj sehingga RM 1500 - RM 1800 SEEKOR, merangkumi semua proses yang disebut di atas sehinggalah ke penerbangan. Mahal? Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk menguruskan sendiri semua proses di atas. Lebih murah dan lebih menjimatkan :)

Nak tahu tentang PROSES PENGHANTARAN DI KARGO KLIA & ANIMAL HOTEL?
Nak tengok suasana Animal Hotel 6 Bintang di MAS Kargo ni?
Nantikan blog post yang seterusnya, ada banyaaak cerita menarik serta pengalaman berada di MAS Animal Hotel, pengalaman "tak seronok" di pejabat kastam serta detik-detik perpisahan...

Dijamin menarik dan berinformasi untuk dikongsi bersama...

Jadi, tungguuuuuuuuuuuu!


Oh ya, TAHNIAH KEPADA SKUAD HARIMAU MALAYA kerana menjuarai Piala AFF Suzuki malam tadi. JUMAAT (31st Dec) CUTIIIII! yahooooo!


Selamat malam semua!


~~~SABRINA~~~


30 comments:

Anonymous said...

sab, nak tanya..if the cat is non pedigree... nk tanam chip kt mana ek? just to identify whos owner...

hope to get respond from you yah...
azrworld[at]gmail.com

thx a zillion~!
note: takut kucing hilang...

Gee said...

DC tak pernah terfikir untuk lalui semua proses ni. Member sebelah siap tanya bagaimana pulak kita yg nak bawak kucing naik penerbangan?.. Tak tau DC nak jwp..

Brina Sabrina said...

TO PRINCE NEPTHS @ DAMIAN :

Hi, semua mikrocip ditanam di belakang leher kucing dengan cara menyuntik mikrocip yang sebesar sebutir beras ke dalam kulit kucing.

Senang dan tak menyakitkan, kurang 10 saat dah siap. Pernah terjadi, kucing seorang catlover ni hilang, jirannya mengaku itu adalah kucing miliknya padahal tidak. But because the cat was pre-injected with microchip, the cat was identified as his. :)

Brina Sabrina said...

TO DEARCATS:

Hi DC, thanks sudi singgah ke entry kali ini. Memang dulu saya pun tak terfikir nak lalui semua proses mengeksport kucing ni. Tapi semuanya takm mustahil cuma memerlukan sedikit kesabaran.. :)

Nantikan sambungan PART 2 ya.. ada banyak gambar untuk dikongsi bersama :)

meowwmania said...

wahh rumitnya...

tp kalau semua tu utk kebaikan si comel tersyg berbaloi rasanya kan :)

Namie Amir said...

tugas yang memerlukan kegigihan & kesabaran...good job sabby!

Anonymous said...

maksud saya is where to get the treatment?

Brina Sabrina said...

TO PRINCE NEPTHS @ DAMIAN :

hi,

u can get your cat microchipped di jabatan haiwan kerajaan (Cthnya : Jab haiwan ipoh, jab haiwan selangor)

boleh jgk dari vet. tapi tak semua ada.

Anonymous said...

tnx sudi singgah my blog ;)

wow.. featured in majalah Remaja...

Lieya said...

Mak aiiiii leceh gakkan nak terbangkan kucing nie.. he he

Rizal Shamberi said...

salam sabrina..ada sedikit pertanyaan.kalau la i membeli kucing dengan u.Contohnya harga adalam RM700.berapa kos termasuk penghantaran ke sabah?

Anonymous said...

hai....saya nak tanya...klu nak bawak kuching dr sarawak ke semenanjung pun sama ke proses nye?

Anonymous said...

this february, i kena transfer kerja di KL. now i in sandakan.but my problem now, i ada 5 kittens just 1 month age and ibunya. pening juga mau bawa.

Brina Sabrina said...

To Rizal :

Total cost untuk penghantaran kucing ke Sbh / Srwk dalam rm 700 ke atas.

Buat masa ini saya tak ada buat servis penghantaran.

fazrilizwandyramli said...

untuk hantar kucing kena ada life insurance ke?

aini_ayuni90 said...

bt la part time kje pet tranfers...

SheiLa FaBian Shoppe said...

Sy nak tnya, kucing tu nak dihantar dari thailand, ejen pet transfer yg urus semua tu termasuk documentation, hotel, makan dan minum kucing tu..persoalan sy skrg, betul atau tdk harga pengurusan semua tu rm1000?? Jenis kucing munchkin..tolong sy, bg pendapat dan nasihat sbb ini 1st time nak import kucing dr thailand ke sabah.

Unknown said...

permit untuk import kucing ni kene ambil dekat vaterinar la ye?

Unknown said...

permit untuk import kucing ni kene ambil dekat vaterinar la ye?

Occupational Therapist to be said...

Hii.. sya nak bwa kucibg saya balik sabah...tpi boleh tak klau sya tak naik flight dgn kucing sya.. after 1 weeks mcm tu bru sya menyusul?? Boleh ker mcm tu ??

#HOPE U GIVE A RESPOND#

Unknown said...

Hi sis..mana nak dapatkan no ejen ye

Unknown said...

Hi sis..mana nak dapatkan no ejen ye

Unknown said...

Perlukan import permit untuk import kucing dari luar pada harga berpatutan sila hubungi 0196361349

Hakim said...

Hubungi kami agen khidmat penghantaran binatang ke Sabah / Sarawak bagi prosedur serta caj perkhidmatan. Facebook : Trio Mover .

Unknown said...

Hi.. berkenaan prosedur dan cas peenghantaran kucing dari kl ke sarawak ? Boleh whatsapp saya di 0104094995

Unknown said...

Hello nak tanya bossku
Kalau nak hantar kucing ke sabah
Kos berapa kl to kk terima ka ?

Unknown said...

Part 2 pls

Shahoneysha said...

Salam.. Nak tanya.. Berapa ek total sis dah habis kan untuk transfer kucing ke sabah? Saya ada 2 ekor nak bawa ke sabah next month.

Anonymous said...

Boleh sy dapatkan nombor contact agent

Anonymous said...

boleh sy dptkan no tel agent yg urus

BLOG'S ADS


Popular Posts

SCRATCH SCRATCH!

Related Posts with Thumbnails

MEZZO FORTE