JOIN MY CATS' FACEBOOK HERE

NUFFNANG!

LOOKING FOR PRODUCTS FOR CATS OR CATS FOR SALE / ADOPTION? CLICK HERE :

FEATURED IN REMAJA MAGAZINE : 1ST MAY 2010 ISSUE

FEATURED IN REMAJA MAGAZINE : 1ST MAY 2010 ISSUE

Monday, August 20, 2012

Salam Aidilfitri 2012 Maaf Zahir Batin


Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan di sini..
Yang sudi singgah walaupun jarang update..

Semoga Syawal kali ini memberi lebih makna kepada kita semua.
Ampun dan maaf dihulur sekiranya saya (Kakak Achel) ada tersalah kata, terlanjur bicara, atau ada apa-apa sebarang kekurangan yang terasa di hati... Maaf zahir dan batin diucapkan buat semua.

Berhati-hati di jalan raya..
Dan jangan lupa kebajikan kucing dan haiwan peliharaan semasa pulang berhari raya di kampung halaman masing2... Kami sekeluarga rasa sangat bertuah kerana mempunyai jiran yang sangat baik hati.. Tolong beri makan pada budak-budak kucing di rumah.. Jasa anda sangat kami sekeluarga hargai. Bukan tak nak bawak balik sekali, tapi di kawasan kampung ni payah sikit.. Nanti adaaaa je yang buat hal hehehe.
Sibuk nak main bunga api sampai terbakor misai.. Orang nak kacau rendang dia nak terjun dalam kuali..
(Oii pernah jadi okayyy)..

Berhati-hati memandu ke destinasi yang ditujui...




Akhir kata, salam sayang Aidilfitri Maaf Zahir Batin daripada saya, Sabrina sekeluarga dan kucing2 semuaaa... :)

NAK DUIT RAYA? MAI DATANG RUMAAAAHHHH :) Achel and the gang menunggu kedatangan anda semuaaaa.. Muaaah!


Sabrina.

Friday, April 6, 2012

Cuci Sawang di Blog My Passion For Persians


Salam semua...

Buat masa ni, kakak Achel memang tak bersemangat langsung nak berblogging...
Biasa laaa dalam hidup ni ada macam-macam dugaan..

Insya Allah bila dah jumpa semula 'semangat yang hilang' tu, saya akan update seperti biasa..

Mungkin dengan konsep yang baru, bukan setakat tentang haiwan amnya dan kucing khasnya, tetapi campur2 sikit dengan personal life dan pengalaman hidup... Okay tak? Atau mungkin cerita2 menarik tentang pemilik2 haiwan peliharaan yang lain2... :) Sharing is caring kaaaan...?

So buat masa ini, kepada pengunjung blog yang tersayang, updates lebih banyak di page Facebook My Passion for Persians.. Sila Klik gambar di bawah... Kat situ boleh kongsi pendapat.. Boleh direct message dgn saya dan macam2 lagi okay?

Sila Klik Gambar Untuk ke Page


Ohh ya, masih ingat lagi dengan post terakhir yang saya tulis kat blog ni? Kalau tak ingat takpe, sebab mmg mcm dah 'berhabuk' sikit blog ni kan hehehe..
Boleh baca tentang post tu kat sini : NOTA TAHUN BARU DARIKU

Kat part last sekali tu konon-konon nya rahsia laaa kan nak pergi mana... Tapi nanti cerita panjang2 syok sendiri pulak kan? Sebenarnya haritu Kakak Achel pergi bercuti ke negara matahari terbit... Nuuun di bumi Jepun... Tapi malangnya, tak jumpa seekor kucing pon! Mungkin sebab musim salji, so kucing kat rumah tidoq je semuaa.... He he he

(Taken at Nara Park, Japan)

Tak ada gambar dengan kucing Jepun, Rusa Jepun pon boleh laaaaa.... 
Manjaaa sangat rusa2 kat sini... Kucing nya tatau la sebab tak jumpa :'(
Hehe... 

Okay lah semua...
As usual, kalau ada apa2 nak tanya etc, email ke:
passionpersians@yahoo.com

Okayyy sayang banyak2!

Sabrina.



Friday, January 6, 2012

Nota Tahun Baru Dariku.


-2012!-

Salam Semua... Salam Tahun Baru.. Salam Sejahtera buat semua pembaca blog berhabuk ini yang masih sudi singgah ke sini... :)

Ye... memang blog ni mcm dah tak wujud kan? Sekejap ada sekejap tak ada... Hari ini saya menulis blog ini sebagai seorang SABRINA. Bukan sebagai Kakak Kucing.. Bukan sebagai pemilik akaun facebook "Castle & Alicia" atau lain-lain..

Sumpah, sejak saya mula bekerja, rutin kehidupan seharian memang hampir 90% hanyalah untuk kerja semata-mata. Masuk kerja pukul 9AM dan balik kadang-kadang 9-10PM. Tahun 2011 merupakan tahun yang sangat mencabar buat diri saya... Kalau sebelum ni, hidup riang-ria bersama kawan-kawan, pegi kuliah ikut suka hati.. berdating bersama yang tersayang (hamboihh). Terasa sangat la bebas dan tak ada kekangan waktu.




Sekarang?

Kalau lah boleh, saya nak minta satu hari ada 30 jam, dan satu minggu ada 8 hari... Am I complaining? Taaak... Kalau ada 30jam sehari, balik kerja masih sempat tgk TV atau dinner dengan kawan-kawan... Kalau ada 8 hari seminggu, saya akan ada extra satu hari untuk mandikan dan sikat bulu kucing kat rumah sampai puas hati...

Terus terang saya katakan, keadaan sekarang sangatlaaa tidak best. Tapi kena lah bersyukur kan? Complain banyak-banyak pun tak guna, takkan selesai masalah.. Kerja itu seronok, cuma itulah, sedikit sebanyak kehidupan 'normal' saya telah bertukar menjadi sedikit 'alien'. Kadang-kadang balik rumah, kucing pun lari sebab dah tak kenal 'Kakak Achel' ini.. Waaa sedihhh!





Kucing?

Masih dalam keadaan yang baik dan terjaga... Cuma baru2 ini kami sekeluarga diuji dengan salah seekor kucing kesayangan kami, Emily jatuh sakit..demam dan tak dapat berjalan dengan baik. Ingatkan jangkitan virus, tapi doktor kata mungkin diracun sehingga sarafnye terganggu. Habis semua perubatan modern, terapi atau tradisional yang kami usahakan. Alhamdulillah nampak sedikit perubahan.. Yang bestnya, kami usung Emily ke mana saja... Ke hotel di tengah2 KL.. Ke pejabat Kedutaan semasa hendak membuat Visa.. merata-rata la. Risau kalau-kalau jadi apa-apa dan kami tiada di sisinya... Kepada kawan-kawan semua, harap korang dapat doakan Emily cepat sembuh dan berlari semula seperti biasa ya. :)



My Mini Pet Shop?

Sedih untuk saya maklumkan, tetapi My Mini Pet Shop akan dihentikan sementara waktu.. (tak pasti sampai bila) kerana saya tidak mahu peristiwa parcel lambat sampai terjadi lagi.. Dan mulai hari ini juga, hanya saya seorang sahaja yang akan handle blog ini atau akaun facebook "Castle & Alicia". Kalau lambat reply tu paham-paham je laaa ye tak cukup kaki tangan nak meng-handle nye.. Bukan tak percaya kan orang lain utk bantu uruskan, cuma kalau ada apa-apa masalah, jadi tak best laaa kan?
Soooo saya di sini ingin meminta maaf kepada sesiapa yang lambat dapat parcel baru-baru ini...
Anything email to me ya...



Adakah saya akan berhenti 'blogging' atau tutup 'fanpage'?

Tidak sama sekali.. Sebab melalui blog dan fanpage ni laaa saya kenal ramaaai kawan-kawan pencinta kucing yang sangat friendly dan baik-baik belaka. Semua nya berkongsi minat yang sama... Berkongsi kisah sedih atau gembira... Dan macam-macam lagilah. Ada yang email secara personally, atau yang ada nombor phone tu siap call lagi. Saya sangat-sangat appreciate anda semua... :) Serious tak tipu nihh.


Jadi kepada kawan-kawan semua, terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri yang bosan ini.
Lepas ini saya akan cuba update blog sekiranya mempunyai masa... Dan sememangnya saya sangat-sangat memerlukan sokongan anda semuaaaaa... Kalau berkesempatan, saya akan update blog dalam masa terdekat ini daripada sebuah tempat yang akan saya kunjungi tidak lama lagi.

Nak tahu ke mana...? Tungguuuuuu!

Salam Sayang,



Sabrina.




Wednesday, September 14, 2011

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin (Versi 2011)


"Salam Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin"


Okay memang agak lambat nak ucapkan Salam Aidilfitri, tapi mood hari raya masih ada lagi kan..? :)
Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semuaaaa pembaca blog tersayang...
Kalau-kalau ada terasa atau tak puas hati, tersinggung perasaan atau apa-apa perkara yang tidak menyenangkan...

Walau macam mana meriah sekalipun hari raya anda, jangan lupakan insan-insan yang serba kekurangan...
Orang-orang yang kurang bernasib baik atau kurang berkemampuan..Haiwan-haiwan yang tidak terbela nasibnya dan juga yang memerlukan lebih daripada sekadar pandangan belas kasihan...

Macam-macam cerita tentang hari raya, ada yang seronok, ada yang tidak, ada yang biasa-biasa sahaja..
Anda bagaimana? Harapnya semua yang baik-baik sahaja kan..? Balik kampung bungkus sekali kucing-kucing tak? hehe masih ingat lagi tahun lepas, balik kampung dengan 2 kereta sebab nak bawak kucing2 sekampung balik sekali. hehehehe...

Baru-baru ini, kecoh dengan kisah sebuah Pet Hotel yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kejadian malang terhadap kucing kesayangan kawan-kawan kita... Kecoh satu Malaysia sampai menteri-menteri pun ambik port tentang hal ini. Sejauh mana penguatkuasaan undang-undang penderaan ke atas haiwan?

Bak kata Mahatma Gandhi,

"The greatness of a nation and its moral progress can be judged by the way its animals are treated"

Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan pencinta haiwan yang turun padang membantu menyelamatkan kucing-kucing kesayangan... Niat murni mereka yang ikhlas membantu tak wajar dipertikaikan... Tahniah! 
Namun perlu diingatkan, kita sebagai manusia tidak berhak menjatuhkan 'hukuman mati' kepada pesalah-pesalah ini. Mungkin undang-undang di negara kita tidak mampu menghukum mereka setimpalnya, tetapi janganlah kita meletakkan diri kita lebih rendah daripada pesalah-pesalah ini dengan kata-kata cacian, makian dan perbuatan yang tidak manis dipandang... Bukan saya tak faham erti kehilangan haiwan kesayangan, lagi-lagi bila tengok anak-anak kucing yang mati di sisi ibunya tu. Kesian sangat-sangat!

Ini semua menjadi pengajaran buat kita semua untuk lebih berhati-hati dengan perkara seumpama ini. 
Kes-kes penipuan melibatkan haiwan kesayangan memang berleluasa, jadi silalah berhati-hati... Biar lambat asal selamat... Siasat dahulu baru buat apa-apa keputusan ok..?

Banyak lagi benda nak cerita ni, tapi tak best laaaa kalau cerita semua dalam satu post nanti muntah pulak nak baca...

Nak tengok gambar anak-anak kucing yang terbaru...?
Tungu post seterusnya.... Okay..? 

Take care... Love You Miss You... :)

Sabrina.




Monday, July 11, 2011

Ehh, Anak Siapakah Mereka Ini?


Assalamualaikum!
Wahh lama nyeee tak update kann?
Mesti ada yang tertanya-tanya, kakak achel ni dah bosan ke update?

Sekarang ni busy dengan kerja... Nak update diri sendiri pun tak berkesempatan tau :'(
Tapi takpe, kali ni nak update news yang sungguh cute...


Tadaaaaa!


Ehh ehh, anak sape ni? Berkulit cerah berambut blonde? Nampak maknye macam kulit tan gitu...
Okay laaa break the news, ini anak Makcik Jenny...
3 ekor sihat walafiat..
Tak payah pegi hospital nye pun aduui~



Pandai nyeee makcik Jenny jaga anak-anak dia...
Copp lupa nak bagitau, 2 jantan dan satu betina..
Cuba teka, mana jantan mana betina?
Kalau betul dapat terer. hehehehe


Haihh kalau laa diorang ni tak payah besar... biar kecik kemetot macamni aje...
Mini-cats hehe... boleh uli-uli...
Lambung-lambung bubuh dalam beg bawak pi keje..


2 ekor dah ada nama, Larry & Ryan... satu lagi si betina belum lagi nak ada nama...
Yang paling kanan tu ya ampun gendut mcm Papa Endut.
Perut bulat mcm nak meletop!


Yang atas ni, warna nye sungguh pelik jarang jumpa kat rumah ni..
Tomey tangat-tangat... tiap2 hari kami bubuh dalam kotak and main2 dengan dia...
Kejap2 bawak depan TV.. kejap2 bawak atas katil sekali..
Sampai mak cik Jenny dah tak kuasa nak layan..
Memang tak patut buat camtu, tapi dah comel sangat geram nak picit...!


Ni gambar hari ke-7... 
Hari ni buat kenduri cukur jambul... haha takde makna!
Hari ni hari bukak mata..
Masing-masing mata sepet...
Yang si gemuk belah kanan tu mata dia tak bukak lagi sebab gam kuat sangat kut? hehee


Apa-apa pun, kami happy sangat-sangat sebab ada new babies dalam rumah kami..
Meriah sikit and ade la benda nak mengadap hari-hari...

Oh ya, kepada kawan-kawan tersayang yang bertanya tentang My Mini Pet Shop, jangan risau...
Tak lama lagi Mini Pet Shop akan kembali beroperasi..
Buat masa ni, tengah proses pengubahsuaian ceeewah! 

Okay lah, nak pegi telefon Achel nak tanye dia dah buat homework ke belom...

Semoga bertemu kembali..!

(P.S : Selamat Pengantin Baru kepada jiran blog saya, Misz Pinkie Winkie... 
Siap bawa kucing dia seisi rumah sekali atas pelamin tuuuu...!)

Tata...!


BLOG'S ADS

Popular Posts

SCRATCH SCRATCH!

Related Posts with Thumbnails

MEZZO FORTE