Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua readers tersayang.
Maaf lama tak berupdate, baru-baru ni meluangkan masa pergi bercuti bersama keluarga... :)
MALAYSIA AIRLINES MENAWARKAN SERVIS ANIMAL HOTEL UNTUK PENGHANTARAN HAIWAN KE SERATA DESTINASI BERTARAF 6 BINTANG! |
Hari ini, saya telah pergi menghantar sepasang kucing kesayangan ke Animal Hotel KLIA untuk di transfer ke Sabah. Jauuuhhh tu... jadi kenalah naik kargo flight. Wahh bestnyaaa dapat naik flight kucing2 ni..Malaysia Airlines lagi, 6 stars Okayyy kalah hotel manusia!
Jangan tak tahu, proses penghantaran kucing ni boleh tahan rumit nya. Dan kos menghantarnya kadang-kadang boleh buat kita fikir 2-3 kali nak ke tak nak. Ini adalah kali kedua saya membuat servis penghantaran kucing melalui kargo, jadi untuk lebih details lagi tentang proses2 nya, jom usya!
PROSES SEBELUM PENGHANTARAN
(SEBELUM KE KLIA)
ANTARA JENIS-JENIS VAKSIN YANG PERLU DIBERIKAN |
1) VAKSIN :
Kucing perlu di vaksin, dan bukan takat tu je. Vaksin Rabies juga diperlukan.
Di sini, kos untuk pemberian vaksin boleh mencecah RM 100 - RM 150 seekor bergantung kepada jenis vaksin yang diberikan.
MIKROCIP YANG AKAN DITANAM, SAIZNYA SEPERTI SEBUTIR BERAS DAN DITANAM DI BELAKANG LEHER KUCING |
2) MIKROCIP :
Selepas pemberian vaksin, kucing perlu ditanam dengan mikrocip khas yang membolehkan pemilik asal menentu-sahkan bahawa beliau adalah pemilik sebenar kucing tersebut. Nombor khas akan diberikan, kucing tersebut kini mempunyai "Identification Number" nya tersendiri. Jadi kalau2 lah ada manusia yang mengaku tu kucing dia, scan aje kucing tu, akan keluarla number mikrocip tersebut.
Kos untuk menanam mikrocip ini adalah RM 50 - RM 70 seekor.
3) PERMIT IMPORT:
Setelah kedua-dua proses di atas dilakukan, barulah permohonan PERMIT IMPORT boleh dimohon oleh pemilik yang baru. Contohnya, kucing akan dihantar ke Sabah. Jadi, pemilik di Sabah perlu memohon PERMIT IMPORT bagi membolehkan kucing tersebut dibawa masuk ke Sabah dari Semenanjung. (Contoh)
Kos untuk permohonan permit ini bergantung kepada Jabatan Haiwan tempat dimohon.
4) HEALTH CERTIFICATE :
Setelah PERMIT IMPORT diluluskan, kucing perlu dibawa ke Jabatan Haiwan Kerajaan atau Klinik Veterinar bertauliah untuk diperiksa taraf kesihatannya sama ada layak untuk travel (Fit to Travel) atau tidak.
Kos untuk medical check up dan rawatan (Ubat kutu, selsema atau deworm) adalah dari RM 60 ke RM 100 seekor. Bukan mudah proses yang perlu saya lalui, perlu ke jabatan haiwan negeri dan mengisi pelbagai borang. Menunggu giliran adalah perkara yang sangat mencabar, mengusung carrier yang berat dengan kucing yang ingin dieksport lagilah mencabar.
5) PERMIT EXPORT:
Pembeli dari Sabah (Contoh) perlu memberikan salinan PERMIT IMPORT kepada penghantar yang berada di Semenanjung. Dengan PERMIT IMPORT inilah, saya sebagai penghantar boleh memohon PERMIT EKSPORT bagi membolehkan saya menghantar kucing dengan sah ke Sabah (atau ke mana-mana sahaja).
***Sekiranya tiada apa-apa masalah, PERMIT EKSPORT akan dikeluarkan dalam
masa kurang 2 jam***
PROSES PRA-PENGHANTARAN
(PRE DEPARTURE PROCESS)
1) TEMPAHAN KARGO / PENERBANGAN :
Setelah berjaya mendapatkan permit dan segala butiran yang diperlukan, penghantar perlu membuat tempahan penghantaran live animal melalui MAS Kargo. Boleh call direct sahaja, dan Airways Bill Number akan diberikan termasuklah nama pesawat yang akan dinaiki untuk penghantaran. Masa untuk penerbangan juga boleh dipilih, boleh dibuat even sehari sebelum penerbangan.
2) ANIMAL HOTEL :
Setelah tempahan penerbangan dibuat, call ke MAS Animal Hotel untuk mengesahkan tarikh penerbangan serta lain-lain data yang diperlukan. Sekiranya flight dipilih adalah hari berikutnya, kucing akan ditempatkan di bilik hotel yang bertaraf 6 Bintang! Kos untuk semalaman adalah RM 60 - RM 150 seekor.
3) SANGKAR / CARRIER YANG SESUAI:
Carrier yang sesuai sangat penting, kerana carrier yang tak sesuai akan di 'reject' oleh pihak Animal Hotel. Perlu juga menyediakan bekas minuman dan makanan yang boleh disalurkan dari luar cage (Ohh sangat la leceh!). Sekiranya kucing yang ingin dihantar melebihi seekor, boleh menggunakan carrier yang lebih besar bagi memuatkan kedua-dua kucing tersebut dalam carrier yang sama.
4) KESIHATAN KUCING:
Kucing perlu dipastikan berada dalam keadaan sihat dan bebas penyakit, kalau tidak, risiko untuk penerbangan dibatalkan adalah tinggi. Membazir masa dan wang, serta berisiko mengakibatkan kematian keatas haiwan kesayangan sekiranya ditahan dalam pusat kuarantin.
Jadi, di atas adalah sebahagian proses yang perlu saya lalui semata-mata untuk membuat Pet Transfer.
Kalau anda rasa macam senang, jawapannya TIDAK. Sebab tempat-tempat yang perlu dituju adalah berlainan dan jauh di antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, proses ini tidak boleh dilakukan dalam tempoh sehari, tetapi sekurang-kurangnya satu minggu.
Ada yang mungkin tertanya-tanya,
"Mahal ke kos export kucing ke Sabah / Sarawak etc?"
Ada perkhidmatan penghantaran kucing ke luar semenanjung yang disediakan oleh ejen-ejen Pet Transfer, kos nya agak tinggi dan semestinya dikenakan service charge. (Ye laaa sape yang nak buat kerja free, agak-agak laaa kan hehe). Berdasarkan survey yang dibuat dan juga interview direct dengan pegawai di Animal Hotel, ejen mengenakan caj sehingga RM 1500 - RM 1800 SEEKOR, merangkumi semua proses yang disebut di atas sehinggalah ke penerbangan. Mahal? Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk menguruskan sendiri semua proses di atas. Lebih murah dan lebih menjimatkan :)
Nak tahu tentang PROSES PENGHANTARAN DI KARGO KLIA & ANIMAL HOTEL?
Nak tengok suasana Animal Hotel 6 Bintang di MAS Kargo ni?
Nantikan blog post yang seterusnya, ada banyaaak cerita menarik serta pengalaman berada di MAS Animal Hotel, pengalaman "tak seronok" di pejabat kastam serta detik-detik perpisahan...
Dijamin menarik dan berinformasi untuk dikongsi bersama...
Jadi, tungguuuuuuuuuuuu!
Oh ya, TAHNIAH KEPADA SKUAD HARIMAU MALAYA kerana menjuarai Piala AFF Suzuki malam tadi. JUMAAT (31st Dec) CUTIIIII! yahooooo!
Selamat malam semua!
~~~SABRINA~~~