MYCATs 2010
Selamat hari Isnin semuaaaa!
So baru-baru ni, as we all know there was a Cat Show going on at PICC Putrajaya on last Saturday & Sunday..
Ada pergi tak?
Kalau tak berkesempatan pergi, dont worry...
Let's bring a lil bit of the Cat Show direct to your screen...
Jommmm!
| Kakak Kucing |
Gambar diambil sebagai bukti saya telah hadir ke MYCATs ni hehe.
Tengok orang lain semua tak lepas peluang ambil gambar dengan kucing comel kat atas, lalu Kakak Kucing pun nak jugak... hehe
| Pentas Kucing |
OK serba sedikit tentang MYCATs ni, ini adalah Cat Show bertaraf CFA, bermaksud kucing-kucing yang mengambil bahagian adalah kucing-kucing daripada baka-baik @ pure breed.
Kucing-kucing ni semua berdaftar dengan sebuah badan pendaftaran kucing (ala-ala JPN untuk manusia) yang bernama CFA atau Cats Fanciers Organization. Ada 2 kategori, iaitu kategori Pedigreed dan juga HHP (House Hold Pets, iaitu kucing-kucing yang telah di neuter kan)
Di atas adalah suasana di dalam Concourse Hall, tidaklah terlalu ramai manusia yang datang...
Mungkin kerana MAHA 2010 turut berlangsung dan turut melibatkan Cat Show yang dianjurkan oleh Kelab Kucing Malaysia...
Entrance Fee yang dikenakan adalah sebanyak RM5 untuk dewasa, dan percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Pendapat saya? RM 5 tu tak berbaloi.
RM 2 dah la kot? Putrajaya pun takde laaa dekat sangat dengan Shah Alam + Tol yang mahal RM4 blabla (membebel)
Di atas adalah suasana "Pameran Kucing" serta ruang menunggu giliran bagi pemilik-pemilik kucing sebelum kucing-kucing mereka diadili mengikut ring masing-masing.
Tak pasti sama ada pengunjung-pengunjung lain turut berpuas hati dengan bayaran RM 5 yang dikenakan, tapi agak susah untuk melihat kucing-kucing yang dipertandingkan.
Semua terkurung dalam tent masing-masing. Bukan takat tent, tapi tutup sekali dengan curtain yang 2-3 lapis tebalnya.
Kami datang bukan nak tengok tents, tapi nak tengok kucing-kucing yang dikatakan amazing :)
Ini adalah ring yang disediakan.
Terdapat 12 ring (bermaksud diadili oleh 12 judges). Macam-macam breed kucing yang terlibat seperti Persians, Exotic, Maine Coon, Sphynx, Japanese Bobtail, American Curl, Scottish Fold dan mcm2 lagi kalau nak sebut sampai maal hijrah seterusnya memang tak habis.
Mr Judge ni sekali tengok mcm Mr Colonel KFC, 2 kali tengok mcm Atuk Kucing...
sebab apa?
Sebab dia ada Whiskas.... hehehe cuba tengok betul2...
Salah seorang Exhibitor yang terlibat...
Penantian suatu penyiksaan..
Sampai ada yang tak dengar number mereka dipanggil..
Tengoklah exhibitor ni, sampai tertidur..
Suasana ketika sesi pengadilan dijalankan..
Orang ramai dari segenap lapisan masyarakat tak berkelip mata menonton kucing-kucing yang diadili... Kucing-kucing yang agresif serta-merta akan disqualified..
Kucing-kucing yang friendly serta cergas semestinya akan mendapat tempat di hati pengadil..
Rosettes yang dipertandingkan..
Balik rumah, buat sendiri riben ni then tampal kat cage...
Jangan letak nombor lain, tapi please letak "Bestest Cat In This House"
hehehhe
By the way, maaf sebab terpaksa menghampakan anda...
Tak banyak gambar kucing yang cantik menarik tertarik kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan..
Tak berani nak ambil sangat, sebab takut mengganggu owners yang tgh concntrate nak menang..
"NO CAMERA"
"DO NOT TOUCH"
"NO FLASH"
Haaa tak reti baca? Kat tents tu siap tulis lagi. Nanti kang kena sound pulak mcm seorang pakcik ni. hehe
Kedua, D90 ku habis battery. Takde la hampeh sangat sebab tak de mood nak ambil gambar pun :)
| Maine Coon, namanya Starburst |
Disebalik ketidak mesraan peserta-peserta yang agak kerek nak tunjuk kucing-kucing mereka yg konon-konon lawa tu (memang lawa wei... ribu riban, takkan tak lawa?), seekor Maine Coon yang bernama Starburst menarik perhatian pengunjung..
Owner nya memang sporting.. Teruja pengunjung yang datang ke Cat Show ni dapat melihat aksi kucing breed Maine Coon yang manja ini..
Sepatutnya pemilik-pemilik kucing ni bangga nak share dengan orang ramai tentang kucing yang mereka ada..
Ye laaa kan tak semua mampu nak memiliki (walaupun dalam hati tengah berangan nak simpan sehari seringgit tobat taknak topup tiap2 hari supaya boleh beli kucing yang mcm anak patung gebu geban ini)..
Tak salah rasanya kalau setakat nak show people your cats... It's a fun activity after all. To some people, winning is everything. But to certain people, they have the heart to share and to grow the love for cats..whatever breed they are :)
How bout you?
Kita jumpa di Cat Show bertempat di SACC Mall Shah Alam pada 12 Disember depan (Ahad)
Bawak mai tok nenek opah maklong pakngah join yeee....!
~~~SABRINA & CATS~~~





.jpg)




