JOIN MY CATS' FACEBOOK HERE

NUFFNANG!

LOOKING FOR PRODUCTS FOR CATS OR CATS FOR SALE / ADOPTION? CLICK HERE :

FEATURED IN REMAJA MAGAZINE : 1ST MAY 2010 ISSUE

FEATURED IN REMAJA MAGAZINE : 1ST MAY 2010 ISSUE

Friday, November 26, 2010

KENAPA KUCING ANDA PERLU VAKSINASI? (WHY YOUR CATS NEED VACCINATION?)


VAKSIN


Tujuan vaksin diberikan adalah untuk melindungi kucing kesayangan anda daripada dijangkiti penyakit-penyakit yg boleh membawa MAUT. Selepas kucing anda di vaksin, "askar-askar" di dalam badan kucing akan diaktifkan untuk membina daya tahan terhadap penyakit2 yang berpunca daripada mikroorganisma yang berbahaya...!

Kadang-kadang kita ni, bela nak tapi nak spend some money for the well being of your cats tu mcm berat sikit. I can understand those yang ada berbelas-belas atau even berpuluh-puluh kucing dalam jagaan,
I highly appreciate hobi dan kasih sayang anda kepada mereka. 

Tapi seperti memelihara bayi / anak anda sendiri, membela kucing juga adalah satu tanggungjawab yang diamanahkan kepada pemilik masing-masing. Sekiranya kucing anda jatuh sakit, demam, cirit-birit dan sebagainya, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk merawat / membawa mereka ke Vet yang bertauliah.

P.s : Jgn pergi ke Vet yang tak bertauliah ye.. silap2, awak balik bawa carrier kosong je nanti...


Regular medical check ups & vaccinations are a MUST to my cats.


Dalam banyak-banyak penyakit, semestinya jangkitan VIRUS / VIRAL infection pada kucing adalah yang paling menakutkan! Hanya boleh terbayang kucing anda akan semakin lemah, hilang selera makan, muntah hijau dan akhirnya mati...
Sedihkan? Jadi untuk menghalang jangkitan VIRUS MAUT ni, pemberian vaksin mengikut jadual adalah sangat penting.

Ada yang tanya, PENTING KE VAKSIN TU? UNTUK APA? KALAU TAK INJEK TAK PE KE?


APAKAH KEBAIKAN PEMBERIAN VAKSIN? 
APAKAH PENYAKIT YANG DAPAT DIHINDARKAN DENGAN PEMBERIAN VAKSIN?

Joooom kita baca tentang penyakit2 yang boleh dielakkan :

1)   FELINE PANLEUKOPENIA (FPL) 
Nama virus ni sendiri dah tergeliat lidah nak sebut, apatah lagi kucing yg terkena virus maut ini. Penyakit ini disebabkan oleh Virus yang MUDAH BERJANGKIT dan BOLEH MEMBAWA MAUT terutamanya anak kucing.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Demam panas, muntah, cirit-birit. Sekiranya ibu kucing yg sedang mengandung dijangkiti VIRUS MAUT ini, atau anak-anak kucing yang berusia 2 minggu ke bawah, perkembangan otak fetus / anak kucing itu tadi akan terencat dan akhirnya mati.


2)  FELINE VIRAL RHINOTRACHEITIS (FVR)
Penyebab utama penyakit sistem pernafasan pada kucing.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis (radang pada mata)


3)  FELINE CALICIVIRUS
Satu lagi penyebab utama penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain (seperti FVR) dan bakteria.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Vesikal pada lidah, kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis (radang pada mata).


4)  CHLAMYDIA PSITTACI 
Bakteria yang menyebabkan penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain. Chlamydia adalah penyakit zoonotik yang boleh menjangkiti manusia! (menyebabkan demam dan radang mata)
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Radang mata, mata dan hidung berair.


5)  FELINE LEUKIMIA (FeLV)
Bagi saya, Virus ini adalah yang paling bahaya kepada kucing.
Penyakit ni disebabkan oleh virus yang berupaya menyebabkan kelemahan sistem imunisasi dan anema serius kepada kucing-kucing. Satu pertiga daripada kanser kucing adalah disebabkan oleh VIRUS MAUT ini.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Pucat, berat badan menurun, keguguran (jika kucing mengandung), masalah kulit, cirit-birit, kanser, dan akhirnya MAUT.


Berikan vaksinasi pertama pada kucing anda seawal usia 2 bulan :)


Jadi, untuk mengelakkan jangkitan virus-virus di atas, anda dinasihatkan untuk memberikan vaksinasi mengikut jadual kepada kucing-kucing kesayangan anda..
Jangan pandai-pandai nak jadi doktor pula ye dengan melantik diri sendiri untuk menjadi doktor kepada kucing anda. Bawalah mereka ke Vet berdekatan..lebih selamat dan terjamin!


JADUAL PEMBERIAN VAKSIN:

***VAKSINASI PERMULAAN :
--> DOS PERTAMA :  Ketika anak kucing berusia 6 Minggu
--> DOS KEDUA :  Ketika usia 9 Minggu
--> DOS KETIGA : Ketila usia 12 Minggu

***VAKSINASI ULANGAN / BOOSTER :
--> SETIAP TAHUN! (YEARLY)

KOS VAKSINASI KUCING:

***VET KERAJAAN : RM 20.00 - RM 35.00 (SEEKOR)
***VET SWASTA : RM 35.00 - RM 45.00 (SEEKOR)

**Program Vaksinasi bergantung kepada cadangan doktor perubatan Veterinar anda.
**Sumber : Rhonema Pure Vax Malaysia, Dr. Toh, DVM


Jadi, sudahkan anda melakukan tanggungjawab anda terhadap kucing anda?


~~~SABRINA & Her 15 Lil Fellows~~~


8 comments:

Namie Amir said...

dan selepas suntikan vaksin diberikan..kucing biasanya akan demam selama sehari utk mengaktifkan antibodinya :-)

Anonymous said...

Hello there,

Thanks for sharing the link - but unfortunately it seems to be down? Does anybody here at www.sabrina-passionforpersians.blogspot.com have a mirror or another source?


Thanks,
Oliver

Anonymous said...

thanks for the info.. tp i dh trlambat sbb ank kucing i dh mati.. i x tau pula kna amek vaksin.. im so sad!!!!!!!!!!

Unknown said...

Anak kucing sy slps divaksin..sudah 6hari dia cirit dan muntah serta lemah dan xaktif.adakah itu normal?

Unknown said...

Anak kucing sy slps divaksin..sudah 6hari dia cirit dan muntah serta lemah dan xaktif.adakah itu normal?

Unknown said...

Anak kucing sy slps divaksin..sudah 6hari dia cirit dan muntah serta lemah dan xaktif.adakah itu normal?

Ekin said...

kcg saya lps vaksin makin aktif sihat alhamdulillah.. kalau tau dr dlu sy vaksin kcg2 sy . x de la sy kegilangan kcg saya 2 ekor dah mati kena parvo..😢😢

Unknown said...

Have A Good Day
Testimoni QnC Jelly Gamat Obat Kelenjar Tiroid

BLOG'S ADS


Popular Posts

SCRATCH SCRATCH!

Related Posts with Thumbnails

MEZZO FORTE