JOIN MY CATS' FACEBOOK HERE

NUFFNANG!

LOOKING FOR PRODUCTS FOR CATS OR CATS FOR SALE / ADOPTION? CLICK HERE :

FEATURED IN REMAJA MAGAZINE : 1ST MAY 2010 ISSUE

FEATURED IN REMAJA MAGAZINE : 1ST MAY 2010 ISSUE
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Mengelakkan Jangkitan Kuman / Virus pada Kucing (Kennel Wash by PETdiatric Laboratories)



Salam kepada semua pembaca tersayang! 
Lama tak update kan...? 
Sorry sangat-sangat... Kakak Achel sekarang busy dengan kerja.. 

Sebelum ni, after grad memang bersenang-lenang kat rumah boleh main masak-masak dengan kucing, tapi sekarang dah ada komitmen yang lebih mencabar.. 
**kepada yang masih belajar, saya sangat jeles!**

Okay hari ni nak cerita tentang cara nak elak jangkitan / penyebaran virus atau kuman yang boleh membahayakan kucing. Ada tak antara kucing-kucing korang yang kadang-kadang demam, tak sihat atau selsema, kadang-kadang cirit-birit atau paling teruk, terkena jangkitan virus!

Atau kucing anda yang pada asalnya sihat, tapi tiba-tiba sakit dan kemudian mati tanpa diketahui sebabnya. Selain memberikan vaksin mengikut jadual, kebersihan kawasan persekitaran tempat kucing selalu bermain pun sangat penting. Yelaaa diorang ni keluar rumah tak pakai kasut, kaki ade 4 (tak cukup kasut hehehe) so segala kuman yang melekat dibawa sekali. 

KENNEL WASH by PETdiatric Laboratories
Price : RM 21.90 Only!


Saya nak share tips cara membersihkan / menyahkuman (antiseptic) kandang kucing, lantai atau toys kucing kesayangan. Saya menggunakan KENNEL WASH by PETdiatric. Okay ni bukan nak promote semata-mata nak suruh beli ye, tapi memang, it works and sangat praktikal. 

Kepada yang selalu singgah FANPAGE CASTLE & ALICIA, mesti dah tahu yang kucing-kucing di rumah saya semuanya menggunakan syampu Oxyzen Therapy Conditioning Shampoo by PETdiatric, tap kali ni nak cerita pasal Kennel Wash. Tak ramai yang tahu tentang kegunaan Kennel Wash, mungkin ramai yang ingat Kennel Wash ni cuma syampu sahaja.

Kennel Wash ini merupakan cecair pelbagai guna (multifunctions). Selalunya saya gunakan Kennel Wash ini untuk membersihkan kandang kucing atau lantai pondok kucing di rumah kami. Selain itu, Kennel Wash ni juga saya gunakan untuk membasuh Litter Pan (Bekas Pasir) sebab for sure banyak kuman kat situ. So apa yang saya buat, selalunya saya kosongkan litter pan tu, kemudian saya isikan sedikit air dalam litter pan dan campurkan sedikit cecair Kennel Wash tadi. Biarkan selama 10-20 minit kemudian saya buangkan airnya dan saya tak bilas. Baru laaa saya letakkan semula pasir yang baru.. 


When your cats are healthy and clean, then you'll be happy tooo! 

Untuk kandang kucing pula, apa yang saya buat selalunya saya akan ambil satu botol spray kosong (gunakan je botol febreze yang kosong atau beli di kedai, botol tu basuh bersih-bersih kemudian saya akan masukkan 3 pam (3 pumps) cecair Kennel Wash tu ke dalam botol. Kemudian, penuhkan botol tu dengan air paip, goncang sampai sebati (alaaa mcm bancuh air sirap atau juice biase jeee)

Usage :
Pump out 3 times (kennel wash) into an empty bottle and fill the bottle with water till full. Use it as spray.

Apa yang saya buat adalah, saya akan spray kandang kucing tu secara menyeluruh, spray dinding atau lantai kandang (macam spray air time iron baju okayyy). Tak perlu bilas dan tak perlu risau kot-kot kucing terjilat ke... sebab Kennel Wash ni 100% Organic daripada Pine Oil.. Selain spray pada kandang, selalunya saya akan spray mangkuk makanan kucing dan bekas minuman, kemudian saya basuh bersih-bersih..
Ini sebagai langkah untuk disinfect (nyahkuman) yang ada pada bekas makanan dan minuman kucing.. 


Source : google images

Kakak Achel paling suka spray cecair Kennel Wash ni.. kadang2 kalau boring, I will just go out, take that spray and spray je tempat kucing selalu main... As a result, tempat diorang main jadi wangi and I feel confident yang tempat diorg tu dah mati kuman-kuman yang tak patut ada walaupun saya tak basuh atau tak berus / mop tempat tu.. Ye laaa kadang-kadang kan tak ada masa nak basuh cage kucing... So paling senang, spray je.. kalau nak lagi bersih, lepas spray, lap dengan kain jeee kandang tu (bahagian besi atau tiles), that's what I do.. 

Ohh, lupa nak bagitau. Satu lagi kegunaan Kennel Wash adalah untuk memandikan kucing / anjing yang mempunyai masalah kulit. Kalau kucing anda tu ade kurap atau fungus, gatal-gatal atau apa-apa masalah kulit, mandikan je dengan kennel wash ni. 

I use Kennel Wash to ensure the cleanliness of my cats' playing area and to disinfect.

Ada yang tanya :
"BOLEH KEEE MANDIKAN KENNEL WASH TU KAT KUCING KAKAK ACHEL OII?"

Yeee boleh... Tak beracun pun... Tak menghakis pun... yelaaa mesti ada yang risau, cecair yang digunakan untuk cuci kandang hang pi bagi mandi kucing pulak dahhh kan mengarut ke apaa kakak achel ni? 
Tapi memang boleh. Kennel Wash ini merupakan ceciar disinfectant; cecair untuk mematikan kuman atau segala bakteria. Kucing yang ada masalah kulit, itu disebabkan kuman dan bateria laah kan? So apa yang Kennel Wash ni akan buat adalah mematikan kuman yang ada pada permukaan kulit. So just bayangkan, awak mandikan kucing yang ada masalah kulit tu dengan Kennel Wash, pastu bila kuman tu terkena Kennel Wash tu, semua akan mati dan kulit jadi bersih. No worries, Kennel Wash tak ada chemicals yang bahaya atau beracun. (Tapi jgn la pi bagi minum kat kucing plak kannn)

Kesimpulannya, Kennel Wash is my choice to keep my cats' playing area clean and disinfected, free from bacterias dan membuatkan kakak achel senang hati..tak payah risau lagi pasal rumah kucing yang kotor dan boleh menyebabkan kucing-kucing di ruma kami dijangkiti penyakit pelik-pelik...

Anda dah try Kennel Wash by PETdiatric? Kalau dah, jom share pengalaman anda menggunakannya :)


FEEL FREE TO VISIT OUR ONLINE PET SHOP HERE...!

Nantikan updates akan datang okayyy...
Thanks tauu sebab singgah sini :)

Meoowww~

--sabrina & cats--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebarang pertanyaan boleh email ke : 
passionpersians@yahoo.com










Friday, November 26, 2010

KENAPA KUCING ANDA PERLU VAKSINASI? (WHY YOUR CATS NEED VACCINATION?)


VAKSIN


Tujuan vaksin diberikan adalah untuk melindungi kucing kesayangan anda daripada dijangkiti penyakit-penyakit yg boleh membawa MAUT. Selepas kucing anda di vaksin, "askar-askar" di dalam badan kucing akan diaktifkan untuk membina daya tahan terhadap penyakit2 yang berpunca daripada mikroorganisma yang berbahaya...!

Kadang-kadang kita ni, bela nak tapi nak spend some money for the well being of your cats tu mcm berat sikit. I can understand those yang ada berbelas-belas atau even berpuluh-puluh kucing dalam jagaan,
I highly appreciate hobi dan kasih sayang anda kepada mereka. 

Tapi seperti memelihara bayi / anak anda sendiri, membela kucing juga adalah satu tanggungjawab yang diamanahkan kepada pemilik masing-masing. Sekiranya kucing anda jatuh sakit, demam, cirit-birit dan sebagainya, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk merawat / membawa mereka ke Vet yang bertauliah.

P.s : Jgn pergi ke Vet yang tak bertauliah ye.. silap2, awak balik bawa carrier kosong je nanti...


Regular medical check ups & vaccinations are a MUST to my cats.


Dalam banyak-banyak penyakit, semestinya jangkitan VIRUS / VIRAL infection pada kucing adalah yang paling menakutkan! Hanya boleh terbayang kucing anda akan semakin lemah, hilang selera makan, muntah hijau dan akhirnya mati...
Sedihkan? Jadi untuk menghalang jangkitan VIRUS MAUT ni, pemberian vaksin mengikut jadual adalah sangat penting.

Ada yang tanya, PENTING KE VAKSIN TU? UNTUK APA? KALAU TAK INJEK TAK PE KE?


APAKAH KEBAIKAN PEMBERIAN VAKSIN? 
APAKAH PENYAKIT YANG DAPAT DIHINDARKAN DENGAN PEMBERIAN VAKSIN?

Joooom kita baca tentang penyakit2 yang boleh dielakkan :

1)   FELINE PANLEUKOPENIA (FPL) 
Nama virus ni sendiri dah tergeliat lidah nak sebut, apatah lagi kucing yg terkena virus maut ini. Penyakit ini disebabkan oleh Virus yang MUDAH BERJANGKIT dan BOLEH MEMBAWA MAUT terutamanya anak kucing.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Demam panas, muntah, cirit-birit. Sekiranya ibu kucing yg sedang mengandung dijangkiti VIRUS MAUT ini, atau anak-anak kucing yang berusia 2 minggu ke bawah, perkembangan otak fetus / anak kucing itu tadi akan terencat dan akhirnya mati.


2)  FELINE VIRAL RHINOTRACHEITIS (FVR)
Penyebab utama penyakit sistem pernafasan pada kucing.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis (radang pada mata)


3)  FELINE CALICIVIRUS
Satu lagi penyebab utama penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain (seperti FVR) dan bakteria.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Vesikal pada lidah, kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis (radang pada mata).


4)  CHLAMYDIA PSITTACI 
Bakteria yang menyebabkan penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain. Chlamydia adalah penyakit zoonotik yang boleh menjangkiti manusia! (menyebabkan demam dan radang mata)
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Radang mata, mata dan hidung berair.


5)  FELINE LEUKIMIA (FeLV)
Bagi saya, Virus ini adalah yang paling bahaya kepada kucing.
Penyakit ni disebabkan oleh virus yang berupaya menyebabkan kelemahan sistem imunisasi dan anema serius kepada kucing-kucing. Satu pertiga daripada kanser kucing adalah disebabkan oleh VIRUS MAUT ini.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Pucat, berat badan menurun, keguguran (jika kucing mengandung), masalah kulit, cirit-birit, kanser, dan akhirnya MAUT.


Berikan vaksinasi pertama pada kucing anda seawal usia 2 bulan :)


Jadi, untuk mengelakkan jangkitan virus-virus di atas, anda dinasihatkan untuk memberikan vaksinasi mengikut jadual kepada kucing-kucing kesayangan anda..
Jangan pandai-pandai nak jadi doktor pula ye dengan melantik diri sendiri untuk menjadi doktor kepada kucing anda. Bawalah mereka ke Vet berdekatan..lebih selamat dan terjamin!


JADUAL PEMBERIAN VAKSIN:

***VAKSINASI PERMULAAN :
--> DOS PERTAMA :  Ketika anak kucing berusia 6 Minggu
--> DOS KEDUA :  Ketika usia 9 Minggu
--> DOS KETIGA : Ketila usia 12 Minggu

***VAKSINASI ULANGAN / BOOSTER :
--> SETIAP TAHUN! (YEARLY)

KOS VAKSINASI KUCING:

***VET KERAJAAN : RM 20.00 - RM 35.00 (SEEKOR)
***VET SWASTA : RM 35.00 - RM 45.00 (SEEKOR)

**Program Vaksinasi bergantung kepada cadangan doktor perubatan Veterinar anda.
**Sumber : Rhonema Pure Vax Malaysia, Dr. Toh, DVM


Jadi, sudahkan anda melakukan tanggungjawab anda terhadap kucing anda?


~~~SABRINA & Her 15 Lil Fellows~~~


Saturday, November 20, 2010

TIPS : ATASI MASALAH FUNGUS & KEGUGURAN BULU PADA KUCING


Salam & hello beloved readers!

My cat, Achel when he was 4 months old.

Sorry for the lack of update, sebab tuan empunya blog pun lack of time..Lagi 2 hari (sunday), my convocation will take place..Alhamdulillah selesai sudah kursus ijazahku... :)

Okayyy kali ni update dibuat berdasarkan permintaan rakan-rakan cat lovers yang selalu tanya tentang masalah fungus & keguguran bulu kucing..

Tips kat bawah ni, based on my experiences and also berdasarkan advice yang diberikan oleh doktor haiwan bertauliah... :)


Achel, at 5 months old.


1) MASALAH FUNGUS / GATAL-GATAL / RINGWORM

Pernah tak tengok kucing korang mcm asyk menggaru-garu..? 
Kadang-kadang sampai tertanggal bulu dan lebih teruk, sehingga berdarah dan berkuping..

Cuba belek kucing anda dan tengok kalau-kalau ada tompok-tompok gelap atau sisa kulit mati..
Itu tanda-tanda serangan fungus atau ringworm..

Bahaya, sebab boleh berjangkit pada manusia...
Ringworm ni bukan cacing tau, tapi sejenis penyakit kulit.
(Nak letak gambar tapi GELI so sila lah google yeee)



Pernah juga kucing di rumah ada masalah gatal-gatal..asyik menggaru sampai tuan nya naik rimas...
Sekiranya masalah fungus menyeluruh, bawa kucing anda ke vet dan minta injection antifungal..

Kemudian, bila dah balik rumah, perkara pertama yang akan saya lakukan adalah "MEMBASUH" kucing dengan medicated shampoo ni. Namanya "MALASEB". Sumpah tak glamor langsung brand tapi memang sangat2 berkesan.

MALASEB ni akan mematikan kuman2 / bakteria penyebab radang kulit pada kucing. 
So far, memang shampoo MALASEB ni laaa yang paling power untuk atasi masalah gatal-gatal kucing ni.

Untuk kucing yang teruk dijangkiti fungus, mandikan 2 kali seminggu. 
As for my cats, saya gunakan sebagai maintenance dengan mandikan kucing dengan 
MALASEB sebulan sekali..
Minggu-minggu lainnya saya mandikan dengan syampu weekly bath seperti PETdiatric Oxyen Shampoo dan #1 All System Whitening / Brightening Shampoo.



Then, after I showered my cats with MALASEB, I will spray them with this Ogaderm Spray.
Orgaderm Spray ni memang my favorite item dari awal-awal membela kucing dulu. 

Asal nampak je kucing menggaru, I wil spray tempat yang di garu tu.. 
Memang berkesan lagi-lagi kalau ada luka atau kesan jangkitan fungus..
Bulu pun cepat je tumbuh semula..


Selalunya saya akan spray orgaderm ni 2 kali sehari. Pagi dan malam.
Dalam 1 minggu dah boleh nampak kesannya. Kuit baru mula tumbuh menggantikan kulit yang telah mati akibat fungus dan menggalakkan pertumbuhan bulu baru.

Also, sekiranya berlaku tangled fur (bulu bergumpal), I will remove the tangled fur dan kemudian akan spray pada bahagian dasar kulit kucing yang mengalami masalah bulu berpintal tu.

(I call it "The Cat's Yun Nam Fur Care" heheeee)




2) SHEDDING PROBLEM @ MASALAH BULU GUGUR

Sekiranya anda membela kucing yang berbulu tebal dan panjang, 
memang tak boleh nak lari daripada masalah keguguran bulu. Antara sebab-sebabnya adalah cuaca negara kita yang panas dan lembap (kalau kita  pakai sweater tebal time tengah hari, mesti tak tahan jugak kan?), penggunaan syampu yang salah, faktor pemakanan dan juga supplements tambahan.

Lately, saya dapat banyak emails daripada kawan-kawan cat lovers yang bertanya,


"Macamana nak bagi bulu kucing tak gugur?"
"Macamana nak bagi bulu kucing gebu and tebal?"

Jawapan nya?

"Bulu kucing sama je dgn rambut manusia. Akan tetap gugur dan digantikan dengan bulu baru.
Tebal dan panjang bulu kucing juga bergantung pada breed. Ada yang tanya, cara untuk menggebukan dan meng'longhaired' kan bulu kucing nya... 
Sekiranya kucing itu secara semulajadi berbulu pendek (contohnya Exotic Short Hair atau Sphynx yang terus togel), penggunaan supplement akan membantu mengurangkankan keguguran bulu tapi tidak boleh menjadikannya long hair.."


Penggunaan syampu yang betul juga mempengaruhi masalah keguguran bulu.. 
Mcm manusia jugak, kadang2 syampu yang kita pakai tu menyebabkan kelemumur, rambut gugur atau rambut kering.. So syampu dengan pH yang sesuai sangat penting..

Tapi sekiranya kucing anda berbulu panjang dan gebu, tapi selalu gugur dan dah mcm tak lawa, 
boleh try produk kat bawah ni : 


Nama nya sendiri dah menggambarkan "Nutrition For Coat / Nutrisi Untuk Bulu".
Baru-baru ni, semasa saya mengambil order untuk items from MY MINI PETSHOP , produk NUTRICOAT ni yang paling banyak sekali mendapat sambutan. 

Nutricoat ni fungsi nya untuk mengatasi masalah keguguran bulu dan bulu kucing yang tak lebat. 
Nutricoat melebatkan semula bulu kucing yang baru mengalami keguguran bulu atau terkena jangkitan fungus.

Kadang-kadang kucing ni ada "musim luruh" diorang. Atau kucing yang baru melahirkan anak, akan mengalami keguguran bulu... Just feed your cats with Nutricoat, dalam 2 minggu boleh nampak bulu kucing semakin tebal dan lebat. 

Tak percaya? 
Nanti kita tanya feedback cat lovers lain yang dah try okaaayy... :)



Vitamin kegemaran kucingku yang bernama si Achel Endut..

Apa fungsi Brewers Yeast ni?
Brewers Yeast ni menguatkan bulu kucing supaya tak mudah gugur... 
Mengandungi Zinc, memang function nya untuk menguatkan bulu kucing.

Memberikan kucing anda Brewers Yeast with Garlic di atas juga dapat mengelakkan kutu kucing, kerana kandungan garlic di dalam brewers yeast itu tidak disukai oleh parasit tersebut.

Selain itu, you will notice that your cats will increase its weight (berat bertambah) selepas makan Brewers Yeast ni...Senang je nak bagi.. Tak payah suap, just masukkan dalam bekas makanan kucing dan diorang akan makan sendiri mcm makan kibbles biasa... :) Tak perlu susah2 nak suap sampai dapat "hadiah" cakar free.

So far, the items above dah cukup untuk merawat masalah bulu dan kulit kucing serta mencantikkan lagi kondisi bulu kucing..
Untuk sebarang masalah yang lebih rumit, better refer kepada Vet yang terdekat yeee..

Okay, I hope this post will help those out there yang tengah pening dengan masalah bulu kucing gugur..
Terima kasih kepada semua yang singgah ke blog ini.


For more Items / Products for cats, feel free to visit
here :
click me!

Have a nice day lovelies!
I will update soon with loadds of new stories! :)

Stay tuned!




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NAK TRY ITEMS DI ATAS??

Interested with the items I use?
You can now place your order by sending an E-Mail to :

PASSIONPERSIANS@YAHOO.COM


P.s : To those who already ordered, enjoy your parcels! :)



Monday, November 1, 2010

SHARING THE GOODNESS WITH EVERYONE : PETdiatric For Your Pets' Care.


 Salam & Greetings Lovely Readers!

Another Updates!
A day with PETdiatric!


Last Wednesday, I received a parcel from PETdiatric, a brand that makes pets' care products. 
Thanks a lot to PETdiatric team for your kindness!

WHAT DID I RECEIVE?

  • OXYZEN CONDITIONING SHAMPOO (450 ml))
  • PETSAFE (100 ml)
  • KENNEL WASH (1 Liter)
Since they are all in big bottles, I took the chance to shower all of my cats at once!
Tiring?
Don't ask.
 How I wish there's an Auto Catwash!


--WAITING FOR THEIR TURNS--

Okay di atas adalah pelanggan-pelanggan tetap Sabrina's Cat Beauty Saloon! (haha)
Semua dah tak sabar nak mandi since everyone's armpit is kinda hairy and smelly!
Begin with the lil kittens, easier to wash and dry :)

1) PETdiatric OXYZEN CONDITIONING SHAMPOO

So I washed my cats with OXYZEN Conditioning Shampoo.
It is 100% Certified as HALAL. 
What I did was, washed my cat with water, then I used 2-3 pumps for each kitten. 
I left it for 2-3 minutes and then I rinsed them off. 

MY REVIEW:
After using the shampoo, the fur became so soft and fluffy.
The shampoo made my cats smell like Johnson's Baby Shampoo (love!)
Easier to comb and prevent tangled hair from occur.

Suitable for weekly bath, and your Cats will simply Love it!


--HAI KAWAN-KAWAN...ACHEL DAH MANDI...--

My advice is, if you go to a Petshop, 
Do not just go and buy some random shampoo for your cats..
Sometimes, syampu yang kita gunakan tidak sesuai untuk kucing..
 Bulu semakin gugur dengan banyak akibat pH yang tidak sesuai, atau kadang2 kita beli syampu berdasarkan harga.. Kalau boleh, nak yang paaaling murah untuk kucing...tapi akibatnya, ada yang sampai kulit kucing jadi merah dan menngelupas..

Pilihlah syampu yang bersesuaian. 
Saya tak kata syampu yang murah tu tak bagus, tapi kalau once dah guna, and keadaan semakin teruk, 
just stop torturing your cat with it..
You might end up spending a lot more at the Vet just to fix your Cat..



 Alicia is doing some "Spot Check" on Achel..
Okay, dah wangi..
Macam ni barulah boleh jadi boyfriend Icha...
No more ketiak masyam! hehehe


2) PETdiatric KENNEL WASH BLACK SERIES
--ANOTHER PRODUCT : THE KENNEL WASH (BLACK SERIES)--
(with a matching Lil Black Kitten!)

ABOUT KENNEL WASH
Kennel Wash acts as DISINFECTANT and also as a TREATMENT SHAMPOO.
Di rumah, mesti ada kandang kucing, litterbox dan mcm2 toys untuk kucing anda..
Sometimes we do not realize that they are dirty and require thorough cleaning.
So, Kennel Wash ni boleh digunakan untuk membasuh kandang, membersihkan litterbox atau lantai tempat kucing anda selalu bermain atau melepak sambil membasmi kuman :)

HOW?
  1. Campurkan 3 pumps of Kennel Wash dengan setengah baldi air, use a towel and wipe the cages kennel, floor, toys or any affected surfaces. Throw away any remaining liquid.
  2. Boleh juga dibancuh dan letak dalam botol sprayer (mcm spray pewangi Febreze tuu).Add 3 pumps of Kennel Wash dan penuhkan botol sprayer tu. Kemudian, spray mana2 tempat yang kotor, berbau atau mana-mana kawasan untuk anda basmi kuman. No need to rinse.

YOUR CAT FACES SKIN PROBLEMS?

Wet your cat with only Kennel Wash liquid, then rinse it off..
Kennel Wash also acts as a treatment bath for cats with skin problems.

Kennel Wash's main ingredient is the All Natural Oil Pine,
so you can use it without worrying about any harmful chemical..

3) PETdiatric PETSAFE 
(DRY SHAMPOO AND STAIN CLEANER)
Nampak tak bottle cute berwarna PINK tu?
That is the PETSAFE!

WHAT IS PETSAFE?

Petsafe is like a "Dry Shampoo for your Pets!"
Kadang2, lepas mandikan kucing, beberapa hari kemudiannya kucing tu mesti akan keluarkan bau yang tak berapa nak wangi... 
So, PETSAFE is the answer!

HOW?
Just shake well the bottle, then spray pada badan kucing...
Rub its body until PETSAFE is absorbed. 
(Note : Petsafe is non-sticky / tidak melekit)
Tadaaaa! Kucing anda akan jadi bersih dan wangi, seperti baru dimandikan..

Boleh juga spraykan pada tapak kaki (PAWS) kucing anda, so tapak kaki diorang sentiasa bersih..
(kucing kan pergi tandas tak pakai kasut... hehehehe!)

OTHER USES:
  1. As stain remover around the eyes. Just spray at a cotton pad and wipe the dirts off in circular motion.
  2. Ear Cleaner : Same method as above, and wipe the inner ear carefully to remove the ear wax.
  3. Clean the Anus area. Sometimes we notice that there are dirts near the anus area, so just spray at that area and wipe the dirts off using tissue / cotton pad. 



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Okay itu adalah pengalaman saya menggunakan Premium Products by PETdiatric. 
Jom kita tengok pula penggambaran di sebalik tabir photoshoot ini dijalankan..

Pening wooo! 
Kucing-kucing ni mcm budak2, tak reti duduk diam...!


Mula-mula nak ambil gambar budak2 kecik aje,
Tapi nampaknya "Abang Besar & Jahat" dah datang buat kacau...
Tengok ajelaahh gambar kat bawah!


"Woi, tepilah...!
Dah laaa gelap, ada hati nak jadi model iklan...
Bukan nampak apa punnn!" (Kata Oki)


Tengoklah, dengki...
Dia bengang sebab dia tak dapat ambil gambar and tumpang popular sekali...
Lalu dia terjun ke dalam basket kecik tu, sampai tercampak seekor baby kecik...


Setelah kena rotan dengan Kakak, akhirnya Oki meminta maaf dan pergi merajuk 2 minit..
My little kitten with PETdiatric products.
~~Kennel Wash (disinfectant), Oxyzen Shampoo & Petsafe~~


Abang Oki posing with PETdiatric Products.
His fur becomes so soft and smooth, easy to comb and sangat wangi rasa nak peluk sampai penyet.


1 jam kemudian..
I caught Abang Oki still in the box, totally dozed off!
Penat agaknya jadi model kene posing2 yeee Oki?
So sweet...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Personally, I would like to thank PETdiatric for the awesome products!
Honestly, I love all 3 items : The Oxygen Conditioning Shampoo, the Kennel Wash 
 and the Petsafe (I call it the "Quick Shower").

All of the above reviews are from my own experiences, not a biased review for the sake of promoting or anything, NO! 
Writing this blog, (and this post), I hold a great responsibility in delivering only the truth facts which I hope will benefit my readers, NOT to make things WORSE.

As for me & my cats, PETdiatric is now a MUST-HAVE-ITEMS for our daily care!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GOOD NEWS!


CAN'T FIND PETdiatric NEAR YOU TODAY?

NO WORRIES, YOU CAN NOW MAKE YOUR ORDER THROUGH THIS BLOG AND WE WILL SEND THE ITEMS DIRECT TO YOUR DOORSTEP BY POST.

GET THE SET OF 3 PETdiatric PRODUCTS AT 
ONLY RM 71.90!

(ONLY AVAILABLE THROUGH MY PASSION FOR PERSIANS BLOG PAGE)



FOR ANY INQUIRIES / ORDERS, JUST MAIL TO:
PASSIONPERSIANS@YAHOO.COM
(I will reply u soon!)



Lots Of Love,
--Sabrina & Cats!--



BLOG'S ADS


Popular Posts

SCRATCH SCRATCH!

Related Posts with Thumbnails

MEZZO FORTE