JOIN MY CATS' FACEBOOK HERE

NUFFNANG!

LOOKING FOR PRODUCTS FOR CATS OR CATS FOR SALE / ADOPTION? CLICK HERE :

FEATURED IN REMAJA MAGAZINE : 1ST MAY 2010 ISSUE

FEATURED IN REMAJA MAGAZINE : 1ST MAY 2010 ISSUE
Showing posts with label VET. Show all posts
Showing posts with label VET. Show all posts

Friday, November 26, 2010

KENAPA KUCING ANDA PERLU VAKSINASI? (WHY YOUR CATS NEED VACCINATION?)


VAKSIN


Tujuan vaksin diberikan adalah untuk melindungi kucing kesayangan anda daripada dijangkiti penyakit-penyakit yg boleh membawa MAUT. Selepas kucing anda di vaksin, "askar-askar" di dalam badan kucing akan diaktifkan untuk membina daya tahan terhadap penyakit2 yang berpunca daripada mikroorganisma yang berbahaya...!

Kadang-kadang kita ni, bela nak tapi nak spend some money for the well being of your cats tu mcm berat sikit. I can understand those yang ada berbelas-belas atau even berpuluh-puluh kucing dalam jagaan,
I highly appreciate hobi dan kasih sayang anda kepada mereka. 

Tapi seperti memelihara bayi / anak anda sendiri, membela kucing juga adalah satu tanggungjawab yang diamanahkan kepada pemilik masing-masing. Sekiranya kucing anda jatuh sakit, demam, cirit-birit dan sebagainya, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk merawat / membawa mereka ke Vet yang bertauliah.

P.s : Jgn pergi ke Vet yang tak bertauliah ye.. silap2, awak balik bawa carrier kosong je nanti...


Regular medical check ups & vaccinations are a MUST to my cats.


Dalam banyak-banyak penyakit, semestinya jangkitan VIRUS / VIRAL infection pada kucing adalah yang paling menakutkan! Hanya boleh terbayang kucing anda akan semakin lemah, hilang selera makan, muntah hijau dan akhirnya mati...
Sedihkan? Jadi untuk menghalang jangkitan VIRUS MAUT ni, pemberian vaksin mengikut jadual adalah sangat penting.

Ada yang tanya, PENTING KE VAKSIN TU? UNTUK APA? KALAU TAK INJEK TAK PE KE?


APAKAH KEBAIKAN PEMBERIAN VAKSIN? 
APAKAH PENYAKIT YANG DAPAT DIHINDARKAN DENGAN PEMBERIAN VAKSIN?

Joooom kita baca tentang penyakit2 yang boleh dielakkan :

1)   FELINE PANLEUKOPENIA (FPL) 
Nama virus ni sendiri dah tergeliat lidah nak sebut, apatah lagi kucing yg terkena virus maut ini. Penyakit ini disebabkan oleh Virus yang MUDAH BERJANGKIT dan BOLEH MEMBAWA MAUT terutamanya anak kucing.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Demam panas, muntah, cirit-birit. Sekiranya ibu kucing yg sedang mengandung dijangkiti VIRUS MAUT ini, atau anak-anak kucing yang berusia 2 minggu ke bawah, perkembangan otak fetus / anak kucing itu tadi akan terencat dan akhirnya mati.


2)  FELINE VIRAL RHINOTRACHEITIS (FVR)
Penyebab utama penyakit sistem pernafasan pada kucing.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis (radang pada mata)


3)  FELINE CALICIVIRUS
Satu lagi penyebab utama penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain (seperti FVR) dan bakteria.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Vesikal pada lidah, kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis (radang pada mata).


4)  CHLAMYDIA PSITTACI 
Bakteria yang menyebabkan penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain. Chlamydia adalah penyakit zoonotik yang boleh menjangkiti manusia! (menyebabkan demam dan radang mata)
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Radang mata, mata dan hidung berair.


5)  FELINE LEUKIMIA (FeLV)
Bagi saya, Virus ini adalah yang paling bahaya kepada kucing.
Penyakit ni disebabkan oleh virus yang berupaya menyebabkan kelemahan sistem imunisasi dan anema serius kepada kucing-kucing. Satu pertiga daripada kanser kucing adalah disebabkan oleh VIRUS MAUT ini.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Pucat, berat badan menurun, keguguran (jika kucing mengandung), masalah kulit, cirit-birit, kanser, dan akhirnya MAUT.


Berikan vaksinasi pertama pada kucing anda seawal usia 2 bulan :)


Jadi, untuk mengelakkan jangkitan virus-virus di atas, anda dinasihatkan untuk memberikan vaksinasi mengikut jadual kepada kucing-kucing kesayangan anda..
Jangan pandai-pandai nak jadi doktor pula ye dengan melantik diri sendiri untuk menjadi doktor kepada kucing anda. Bawalah mereka ke Vet berdekatan..lebih selamat dan terjamin!


JADUAL PEMBERIAN VAKSIN:

***VAKSINASI PERMULAAN :
--> DOS PERTAMA :  Ketika anak kucing berusia 6 Minggu
--> DOS KEDUA :  Ketika usia 9 Minggu
--> DOS KETIGA : Ketila usia 12 Minggu

***VAKSINASI ULANGAN / BOOSTER :
--> SETIAP TAHUN! (YEARLY)

KOS VAKSINASI KUCING:

***VET KERAJAAN : RM 20.00 - RM 35.00 (SEEKOR)
***VET SWASTA : RM 35.00 - RM 45.00 (SEEKOR)

**Program Vaksinasi bergantung kepada cadangan doktor perubatan Veterinar anda.
**Sumber : Rhonema Pure Vax Malaysia, Dr. Toh, DVM


Jadi, sudahkan anda melakukan tanggungjawab anda terhadap kucing anda?


~~~SABRINA & Her 15 Lil Fellows~~~


Friday, July 9, 2010

PANIC! KISAH ACHEL & SI KATAK.




Panic! 

My Cat, Castle @ Achel is now under observation. 
Tadi petang, my dad took him out in our garden. Later on, my dad saw Achel with something inside his mouth. And guess what? 
KATAK! 

Baby Achel Endut... Dah la demam.. pegi gigit katak pulak dia.

My dad cakap, katak tu sihat walafiat je.. tapi Achel, mulut dia mcm berbuih2. 
My mom was freaking out, I was in my room catching a nap. Seriously panic got all over. 
And we took Ahmad Achel to the vet nearby. 

Nasib baik klinik tu tak tutup lagi. Kalau tak memang tak tahu la nak buat apa. 
Hantar Hospital Besar je la jawabnya..
kat wad kecemasan. hehehe.

Ahmad Achel on the way to the vet. Tengah pikir mcmana nak escape.
Buckle up boy!

Masuk2 je dalam vet tu, we were welcomed by Dr. Toh, the DVM there. 
The doctor asked me what happened, and I told her, 

"My cat bite a frog!"

And you know what was her reaction? --------->  PANIC LAAA APA LAGI!

Sebab apa panic? Sebab kalau kucing terkna RACUN KATAK, memang TAK ADA anti-dote. Kalau ular, ada Venom nya sendiri.. Tapi untuk Katak, memang tak ada.

So the doc explained to me, the consequences, the symptoms and the things that MIGHT happen. SEMUANYA SCARY. 

1.  Temperature naik mendadak.
2.   Bintik merah will come out at its inner ears.
3.   Nasal congestion. (Rongga pernafasan tersekat, causing problem in breathing)
4.   .....................................

But being a positive, and knowing Achel is a big fatso with big paws, I know he will survive. The doc said that I need to observe him for 1 - 2 days, sebab effect poison (kalau betul2 kena la), mmg lambat sikit untuk dikesan.

Achel at the vet. Ni pengunjung tetap Pet's Clinic ni.. hehe.

The doctor gave my cat a shot of vitamin C and anti-histamine (anti allergy) as precautions. Also ubat Charcoal (Yang warna hitam, selalunya manusia makan ubat tu sebab perut kembung atau cirit birit). 

Oh ye, Achel kena marah dengan doctor tadi...

"Haihhh this cat aa... very naughty! Lepas ni, tak boleh keluar rumah lagi. Biar dia duduk dalam penjara sebab degil...!" 

Kena "pokkkk" sekali dengan Dr. Toh.. hehe padan muka Achel.


"Abang Ipi, balik nanti Achel nak main Game..."

Macamana keadaan Achel sekarang? Tengah tidur.. he seems fine.. 
Makan pun, as usual banyak and berkali-kali. 
Elok la tu.. 

But still. I need to observe him. 

Achel ohhh Achel... banyak lagi toys lain yang kakak beli... banyak lagi makanan sedap2 ada.. yang pegi GIGIT si KATAK tu apa pasal...? 

Sian kat mama tauuu risau kat Achel... (ee manja lebih si gendut ni..nyampah tau).


The medicines.

Hopefully, Achel will be OK. So far he seems fine. Ate a lot. Even menggatal dengan Alicia. 
But if anything else occurs, then it's already been fated... 

To all cat lovers out there,

CATS ARE NOT BESTFRIENDS OF FROGGIES.
.SERIOUSLY.

FROGGIES SECRETE THIS KIND OF POISON FROM A GLAND UNDER HIS MOUTH, AND YOUR CAT MIGHT SWALLOW IT, INFECTING ITS BODY.
DANGEROUS, NO?


--SABRINA--

LOVE CATS! SAVE CATS!



Saturday, April 17, 2010

[A QUICK-CAT UPDATE] ---- We Live Together with Love!




HALLOOOOOOO KITTENS!

now that was quite some time since I last updated this Box isn't it?
I'm finally done with my THESIS and FYP VIVA Presentation! Apa itu? Go google people hehehe.

This is a quick update. More pictures than words, some of them were taken from weeks ago, or a month before.

As much as I miss my cats, I miss blogging here frequently too! So I hope, my beloved readers, will comehere to visit my cats from time to time..
I really do appreciate your time spent here.

Thank you sooo much! :)


Check the pics out cat - lovers! :)



Nama saya Achel @ Castle.
Hari ni takde tuisyen, so nak tido je.


Alicia is now a pretty-pretty princess.
Can't believe she's a Big Swan already.


Alicia girl. Since I brought back the hamsters, she couldn't resist looking at those tiny little muffins everyday.
It's her new hobby.


This is Marble... In my car...


You Chubby little princess.
Muka dia ganas kan?


She's goin to be a very adorable one.



And Ashley, can you just be a good girl?



Look. Muka degil. Suka memanjat and buat sepah.


Grooming day. (I think this was last 2 weeks.)


Okay now I'm panic. Snap! I hate this place!


Achel is thinking about how to escape without alarming anyone.



My younger brother trying to pujuk Achel.


At home, Achel tried to disturb Alicia.

 
What a FAT tail Alicia! Cantik kan?


Time ni nak bagi the kittens je makan, suddenly semua giants joined.


Whatever it is, I'm soooo happy that all of my cats are getting along very well so far. No territory problem or cats being mischievous. Alhamdulillah...

I am sorry too, for the lack of update.. Well, lots of things happened recently.
My advice is, in order to love cats, you need to understand a lot of things.
Cuba bela sendiri, dan rasa susah senang membela nya...

Then only we can voice out opinions / critics...

Agree? Cat lovers will understand this quote I believe.


Till then, selamat berhujung minggu semua...

Apa plan esok?

GROOMING DAYYYYY! ---all of them cats!

It sure will be chaotic.


Tata!

Sabrina.





Wednesday, February 17, 2010

Wednesday The Vet Day! ------My Cats' Trip to the Vet.



Meowww!! Meow Meow Meow Meow??? <--- Means, "How Are You??"


Hehhehe Today, Wednesday is Our Vet Day. Why...? Because today I took my cats to see the doc for regular Vaccinations, antibacterial treatment and also for medical check up. Ohh jangan risau..diorang tak sakit..Cuma memang satu kebiasaan, sekali dalam sebulan atau sekali dalam 2 bulan kucing-kucing di rumah saya akan di bawa untuk di check, ye la diorang ni bukan mcm kita...Kalau sakit perut ke...demam ke..Sakit gigi ke...Bukannya dia pandai nak bagitau.... Kan?


My Mom and my cats.


Sebenarnya malas nak keluar tapi setelah my Mom beria-ia suruh, can't say No lah nampaknya. So apa lagi, I sumbat semua kucing-kucing dalam kereta. 2 ekor yang buas sikit, letak dalam carrier. Senang. Suka betul diorang ni dapat naik kereta. Mcm naik bot katanya. Hahahha.


Yang ni Mama punya anak kesayangan. Baby Achel.
alaaa ciaannnn cakit yeee kene cucuk...


Sampai-sampai Vet aje, masing-masing muka cuak dan cemas!
Alamak! Macam kenalll je tempat ni! Ni kan tempat kita selalu kena inject???

Agaknya itulahh yang diorang tengah sembang. Semua malas nak turun. Macam-macam alasan di bagi. Si Johnny cakap nak tidur dalam kereta sebab ada air cond... Si Jenny cakap terlupa bawak kasut... Alicia pulak cakap Doktor kat situ gatai????#$%^&* hahahaha.

And as usual, my Baby Achel paling excited. Dia yang turun dulu. Tapi mama laaa dukung.


Funny, the hide inside the small carrier. Muat!


Sila tengok gambar di atas.

Warning : Ini bukan penyeksaan haiwan. Kami tidak menyumbat kucing-kucing kami ke dalam carrier sempit ini. Akibat ketakutan yang amat sangat sebab masing-masing tau akan di cocok sebentar lagi, semua berebut-rebut masuk dalam carrier ni untuk menyorok. Cehh.


And he thought being the last will save him from the doc.



Ni mama saya tengah pujuk kucing-kucing.



Mama dengan Baby Isha @ Alicia.



Johnny during injection. Kena pegang. hehe



Diorang ingat bila nyorok dalam ni ramai-ramai akan selamat kot?


On the way back, Achel meragam... dia telah termuntah di dalam kereta di atas riba kakak nye ini. Best kan? Takut gila kitorang...! But My mom dengan cool nye telah berpatah balik semula ke Vet untuk mengelakkan hal yang tidak diingini. Lega sebab doc cakap, itu tindak balas ubat and mungkin Achel tak biasa...Alhamdulillah...

Sampai je kat rumah, ada 3 kerja nak di buat. Satu, bersihkan kereta.. Kedua, mandikan Achel bersih-bersih sebab dia muntah tadi...3?? Mandikan tuan nye iaitu saye laaahhh! I smell like a Catwoman!

Yeah I guess I am.

Nama saya Achel. Nama glamor saya, Castle.


Jennifer.


Apa yang my darling angels buat? Diorang terus cari port untuk tidur. Siap pasang kipas sebab panas. Masing-masing terbongkang sebab letih atau mungkin sakit buntut kene cucuk. What a day....! Phew!

Alicia! My princess.


Ada yang tanya, mcmana nak ajar kucing buang air di litterbox? Senang je tu... Nanti I interview kucing-kucing I. I will update more later on... Till then, hope you like the post! :)


My cats say "I Love YOU Kakak & Mama" 
I know they won't say it for real. But we do know.
It's an instinct. Between animals and you.

And yeah, we love you too.

Sabrina.





BLOG'S ADS


Popular Posts

SCRATCH SCRATCH!

Related Posts with Thumbnails

MEZZO FORTE